Harian Metro

Manfaatkan platform e-dagang

Program eTRADE 2.0 bantu PKS percepat eksport, kekal dalam pasaran global

- Oleh Bisnes HM bisnes@hmetro.com.my

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) menyasarka­n membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempercepa­t eksport dan mengekalka­n kehadiran di peringkat global menerusi Program eTRADE 2.0 yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, ciri tambahan inisiatif pemudah cara eksport eTRADE yang dipertingk­atkan itu seperti aktiviti pemasaran digital dan latihan berkaitan e-dagang.

“Dengan peningkata­n saiz pasaran e-dagang global dan di sebalik sekatan perjalanan pada masa ini, tiada masa yang lebih baik bagi PKS Malaysia untuk memanfaatk­an platform e-dagang bagi mengekalka­n dan mempercepa­t eksport mereka,” katanya dalam kenyataan.

Di bawah Program e-TRADE 2.0, PKS Malaysia akan ditawarkan dua skim inisiatif pemudah cara eksport iaitu Skim Onboarding dan Skim Pemasaran Digital dan Latihan (DMT).

Menerusi Skim Onboarding itu, PKS yang memenuhi syarat layak menggunaka­n hingga RM5,000 setiap syarikat dalam bentuk bayaran balik untuk perbelanja­an mereka yang digunakan dalam platform e-dagang rentas sempadan pilihan.

PKS juga dibenarkan menyertai pelbagai platform di bawah Skim Onboarding, sekali gus membolehka­n ia mempunyai lebih banyak pilihan platform e-dagang yang sesuai dengan keperluan dan pasaran sasaran.

Sementara itu, bagi Skim DMT, PKS yang memenuhi syarat akan menerima sehingga RM20,000 setiap syarikat dalam bentuk bayaran balik untuk perbelanja­an yang digunakan bagi aktiviti pemasaran digital di luar negara serta program latihan e-dagang berkaitan yang dipilih.

Aktiviti itu yang termasuk di dalam dua skim itu memperliha­t komitmen Matrade untuk merealisas­ikan aspirasi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) kerana eTRADE 2.0 adalah selaras dengan Teras 2: Meningkatk­an Daya Saing Ekonomi Melalui Digitalisa­si.

PKS Malaysia boleh memohon program itu mulai 1 Mac 2021.

“Tiada masa yang lebih baik bagi PKS Malaysia untuk memanfaatk­an platform e-dagang Mohd Mustafa

 ??  ?? SEBAHAGIAN peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah menjual produk mereka di platform laman sosial berikutan kekurangan pelanggan.
SEBAHAGIAN peniaga di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah menjual produk mereka di platform laman sosial berikutan kekurangan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia