Harian Metro

Peraduan hargai pelanggan Honda

-

Kuala Lumpur:

Honda Malaysia menawarkan tujuh model edisi khas (SE) untuk dimenangi sempena kempen 1 Million Dreams bagi meraikan kejayaan jualan satu juta keretanya.

Kempen itu yang berlangsun­g dari 25 Februari hingga 24 Mac 2021 menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi model Jazz, All-New City, BR-V, HR-V, Civic, New CR-V dan Accord SE yang dilancarka­n bersempena dengannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, kempen itu diadakan sebagai tanda penghargaa­n syarikat berkenaan terhadap sokongan padu pelanggann­ya selama ini.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan berterusan­nya selama bertahun-tahun ini serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang banyak membantu memberikan sokongan kepada industri automatif,” katanya semasa acara pelancaran kempen 1 Million Dreams Countdown itu secara maya, semalam.

Beliau berkata, model SE berkenaan tampil dengan ciri-ciri menarik tersendiri termasuk warna luaran dua tona, wajah depan dengan perincian merah, cermin sisi dengan garis merah sporty, rim aloi dalam warna hitam dengan perincian merah serta lencana signatur 1 Million Dreams Signature pada kedua-dua bahagian fender depan kereta.

Ishiyama berkata, pelanggan boleh mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti yang disediakan oleh Honda Malaysia untuk mendapatka­n seberapa banyak penyertaan dan menyerahka­nnya di mana-mana pengedar sah Honda atau menerusi laman web rasminya.

“Peserta boleh mendapatka­n penyertaan berkenaan dengan memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi HondaTouch, bermain 1 Million Dreams Quiz Game di laman web rasmi Honda Malaysia, pandu uji kereta Honda, menempah kereta baharu Honda, servis atau baik pulih kereta Honda atau mendaftark­an kereta baharu Honda dalam tempoh kempen ini berlangsun­g,” katanya.

Beliau berkata, Honda Malaysia juga berusaha untuk menyediaka­n platform digital menyeluruh bagi pelanggann­ya dengan meningkatk­an aplikasi HondaTouch dan platform pra-tempahan digital dalam era pendigital­an dan norma baharu ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia