Harian Metro

SIMPAN DUIT BERKARUNG

16 orang tolong kira duit warga emas bekerja sebagai pencuci pinggan di Indonesia

-

Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.

Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.

Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyet­ti untuk membantuny­a mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.

Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.

Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyet­ti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.

Selepas barang-barang dikeluarka­n, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.

“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.

“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyet­ti.

Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.

Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulk­an semua wang berkenaan sebelum dikira.

“Kita masih mengumpulk­annya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000),” katanya.

 ??  ?? ANTARA individu yang membantu mengira wang di rumah Biyok.
ANTARA individu yang membantu mengira wang di rumah Biyok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia