Harian Metro

Mangsa dilanda banjir mengemis beli makan

-

Sudahlah menjadi mangsa banjir, kini terpaksa mengemis pula.

Itu nasib yang berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa di Karawang, Jawa Barat yang terpaksa meminta sedekah untuk membeli makanan.

Mereka mendakwa bantuan yang diterima daripada kerajaan tidak mencukupi untuk seisi keluarga, lapor Tribunnews.

Individu terbabit dikatakan mengemis di tepi Jalan Ranggagede, tidak jauh dari kawasan penempatan mereka.

Sambil meminta ihsan, kanak-kanak berusia enam hingga sepuluh tahun itu membawa bekas plastik, tin dan kadbod sambil menghulurk­annya kepada kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Kelihatan juga pengemis dewasa turut bersama mereka sambil mengendong anak yang masih kecil.

Seorang mangsa banjir dari Kampung Benteng, Asman, 43, berkata, walaupun ada bantuan makanan diterima, tetapi ia tidak cukup untuk mereka.

Katanya, dia bersama 150 penduduk kampung itu kehilangan penempatan akibat banjir pada, Jumaat minggu lalu.

Bencana itu menyebabka­n paras air Sungai Citarum melimpah dan menjejaska­n lebih 30 kampung di kawasan itu.

Lebih 8,500 rumah ditenggela­mi air, manakala lebih 4,000 orang terpaksa tinggal di dalam khemah di tepi jalan.

 ??  ?? ANTARA mangsa banjir yang terpaksa meminta sedekah
ANTARA mangsa banjir yang terpaksa meminta sedekah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia