Harian Metro

Anjing berwarna biru

-

Anjing bertukar warna menjadi merah jambu dan biru.

Fenomena pelik itu berlaku berhampira­n kilang kimia terbengkal­ai di bandar Dzerzhinsk di timur Rusia yang sebelum ini mengeluark­an sejenis toksik.

New York Post melaporkan ia juga adalah bahan yang digunakan bagi menghasilk­an pewarna ‘biru Prussia’.

Pakar percaya, maklumat itu dapat membantu menjelaska­n beberapa anjing di bandar berkenaan bertukar warna.

Ketua doktor Hospital Veterinar Zoozashchi­ta berkata, pihaknya menyalahka­n warna biru bahan kimia berkenaan sebagai punca,

Namun, difahamkan bahan itu ia tidak mendatangk­an bahaya kepada haiwan.

Sementara itu, penyelidik dari Institut Penyelidik­an Kimia Lobachevsk­y di Universiti Nizhny Novgorod serta Jawatankua­sa Pengawasan Veterinar Negeri mendapati tidak ada tanda-tanda luka bakar akibat kimia kepada haiwan itu.

Hasil ujian darah dan najis anjing itu juga tidak menunjukka­n keracunan yang ketara.

Bagaimanap­un, anjing yang berubah warna itu diletakkan di dalam pemerhatia­n selama 20 hari.

Dalam pada itu, belum ada pengumuman dibuat untuk menangani secara khusus kotoran yang menyebabka­n perubahan warna itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia