Harian Metro

SINGKAP KISAH SILAM

Jeremy Zucker tak kisah kongsi kisah lama walau berkisah hal kurang elok

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bukan semua pengkarya muzik berani untuk bersikap terbuka mengenai kisah peribadi dalam lagu mereka.

Sesetengah­nya lebih suka memilih untuk memendam kisah diri terutama cerita silam yang menyakitka­n.

Namun, berbeza buat Jeremy Zucker atau nama sebenarnya Jeremy Scott Zucker, 25, yang mengakui jika karyanya lebih peribadi, lebih bagus. Nilai seni karya yang jujur memiliki harga tersendiri di matanya.

Biarpun terpaksa menyingkap perkara hodoh, penyanyi kelahiran New Jersey, Amerika Syarikat (AS) ini tidak kisah. Keterbukaa­n sebegitu baginya adalah perkara yang dia sangat banggakan sebagai anak seni.

“Saya kerap mendapat soalan sebegini yang sebenarnya bagi saya bahagian paling mudah dalam berkarya. Ini kerana saya sentiasa menghasilk­an lagu yang terlalu peribadi.

Bila saya suka lagu itu, saya kongsikann­ya.

“Ada pegangan dan kepercayaa­n ganjil dalam diri di mana saya tidak kisah pun mendedahka­n seberapa banyak kisah hidup saya.

Saya tahu itulah harga sebuah seni yang mampu memberi impak besar kepada orang lain.

“Saya bangga menceritak­an pelbagai bahagian hidup saya dan disaksikan sesiapa juga. Sekiranya hal yang saya kongsikan itu mampu menonjolka­n sisi buruk sekalipun, saya tidak risau,” katanya.

Semakin rancak berkarya, Jeremy menyedari dirinya kian arif dengan proses itu seiring pengalaman. Bukan setakat bahagian mencipta melodi atau menulis lirik, sebaliknya untuk keseluruha­n proses menghasilk­an lagu.

Apa yang pasti, proses itu menjadi lebih mudah apabila dia menemui lokasi terbaik untuk memerah otak.

Menurutnya, kreativiti­nya jelas lebih mencurah apabila berada di tempat terasing dan dikeliling­i rakan terdekatny­a.

“Sewaktu baharu berkarya awal-awal dulu, fasa berjaya menulis lagu itu lebih kepada berlaku secara tidak sengaja.

Namun, sekarang prosesnya lebih semula jadi dan senang untuk menjadi.

“Saya kini lebih tahu apa jenis muzik yang saya mahu tulis. Ia menjadi lebih lengkap apabila saya terbayang menulisnya dari sebuah tempat yang jauh dari rumah seperti kabin di hutan. Kemudian, saya akan tinggalkan bandar untuk ke sana.

“Di sana, saya dan rakanrakan akan luangkan masa dan menonton wayang bersama. Ia rasa selamat apatah lagi dikeliling­i rakan yang mencintai muzik. Situasi itu cukup sempurna untuk kami lebih merasai muzik kami,” katanya.

Terbaru tampil melancarka­n album mini berjudul brent ii, Jeremy tidak menafikan situasi pandemik sekarang banyak memberi kesan kepada prosesnya.

Baginya, proses berkarya jadi lebih mencabar apabila banyak masanya dihabiskan terkurung.

Bagaimanap­un, dia bersyukur ia tidak mengganggu kesihatan mentalnya. Mujur dirinya tidak tinggal keseoranga­n di kediamanny­a di New York dan sentiasa ada kawan untuk sepanjang tempoh ini.

“Album ini mula ditulis pada musim panas yang lalu. Proses menulisnya berlaku dengan pantas namun mengambil masa untuk menerbitka­nnya. Memang sangat sukar dari segi muzik sekarang kerana selama ini saya sudah terbiasa rancak terbabit jadual seni.

“Ketika ini, New York dalam musim sejuk dan sukar untuk berjumpa orang. Mujur saya ada rakan serumah yang menyenangk­an selain rakan karib di sekeliling untuk meluangkan masa bersama,” katanya.

Bekerjasam­a dengan pendatang baharu, Chelsea Cutler untuk album terbabit, Jeremy mengakui bertuah menerusi gandingan mereka.

Hakikatnya, dia tidak dapat terfikir projek itu akan menjadi jika bukan berganding­an dengan Chelsea.

Dia turut memuja nilai artistik dalam diri gandingann­ya itu yang disifatkan­nya sebuah anugerah unik. Justeru, dia sendiri dapat mengatasi kesukaran dihadapiny­a apabila Chelsea ada di sisi untuk membantuny­a.

“Perkara paling saya suka bekerja dengannya adalah dia mempunyai kreativiti bebas. Dia boleh pegang apa-apa instrumen muzik dan mula menyanyi dengan selamba dan mencipta lirik sendiri.

“Itulah anugerah yang saya rasa sukar untuk saya tandingi kerana saya sukar untuk memulakan sesebuah lagu. Kelebihan saya adalah pada bahagian mencari idea dan memilih bahagian yang terbaik.

“Namun, Chelsea pula bagus apabila berfikir dari sudut secara keseluruha­n. Sekali gus, ia membuatkan kami saling melengkapi. Kesepakata­n antara kami cukup berjaya untuk merangkumk­an lagu-lagu dalam album itu,” katanya.

Album brent ii adalah kesinambun­gan brent yang dihasilkan mereka pada 2016. Ia memuatkan lima lagu iaitu this is how you fall in love, parent song, emily, brooklyn boy dan the stars.

Gabungan mereka sememangny­a mendapat pujian ramai pendengar apalagi karyanya segar dan menenangka­n jiwa. Konsep ringkas dan bersahaja muzik dalam keseluruha­n album terbabit benar-benar unik.

 ??  ??
 ??  ?? MENGAKUI pandemik menyukarka­n karier muziknya.
MENGAKUI pandemik menyukarka­n karier muziknya.
 ??  ?? BEKERJASAM­A dengan Chelsea Cutler untuk album terbaru, brent ii.
BEKERJASAM­A dengan Chelsea Cutler untuk album terbaru, brent ii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia