Harian Metro

FAM sokong tindakan pemain tuntut hutang

-

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berdepan masalah malah menyokong tindakan undang-undang yang diambil bekas pemain Kuantan FA dan Marcerra United dalam menuntut penyelesai­an tunggakan gaji daripada pengurusan kelab itu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n badan induk itu tidak boleh mengambil tindakan kerana perkara itu sudah keluar dari bidang kuasa bola sepak selepas pasukan terbabit ditutup.

“Perkara ini sudah berlanjuta­n lama dan saya pun ada perbincang­an dan perjumpaan bersama pemain pasukan ini pada 2019. Nasihat saya pada perjumpaan itu adalah bila pasukan itu sudah tutup, ia di luar bidang kuasa bola sepak.

“Tak ada apa-apa tindakan FAM boleh buat kepada pasukan yang sudah tutup. Ia sudah beralih pula menjadi kes sivil, isu kontrak antara pemain dengan majikannya. Saya bersetuju dengan langkah yang diambil pemain dan peguamnya. Saya juga sudah berkomunik­asi dengan pihak peguam pemain itu,” katanya.

Sebagai rekod, tuntutan lebih RM900,000 itu membabitka­n tuntutan daripada 26 pemain dan tujuh pegawai Kuantan FA berjumlah RM590,125 serta 26 lagi pemain dan pegawai Marcerra United berjumlah RM313,306.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia