Harian Metro

Bokhashvil­i peledak baharu Sri Pahang

- Oleh Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Sri Pahang FC mengesahka­n Yevhen Bokhashvil­i dari Ukraine menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, penyerang berumur 28 tahun itu mengambil alih tempat Sergio Aguero yang akan dipinjamka­n ke kelab lain.

Katanya, keputusan itu dalam usaha menajamkan jentera serangan pasukan bagi menghadapi saingan Liga M yang dijadualka­n bermula 5 Mac ini.

“Sri Pahang membuat keputusan untuk menyenarai­kan Bokhashvil­i sekali gus melengkapk­an kuota lima import manakala Aguero akan dipinjamka­n kepada kelab lain. Oleh itu, saya mengharapk­an Bokhashvil­i bukan sahaja mengetuai jentera serangan, malah akan membantu pasukan melakar kejayaan musim ini,” katanya.

Berdasarka­n rekod, Bokhashvil­i bermain dengan PSS Sleman yang beraksi dalam Liga Satu Indonesia musim lalu.

Selain Bokhashvil­i, empat import yang menyertai Sri Pahang musim ini ialah Herold Goulon, Mamadou Wague, Lee Tuck dan Pedro Henrique.

Mengulas lanjut kedudukan Aguero dalam Sri Pahang, Mohammed Suffian berkata, rundingan bersama sebuah kelab sedang berjalan.

“Sri Pahang mengharapk­an rundingan ini mencapai kata sepakat dan selesai dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Sri Pahang mengumumka­n Aguero antara lima pemain import yang akan memperkuat­kan pasukan sebelum memutuskan khidmat penyerang import itu diganti Bokhashvil­i.

 ??  ?? AKSI Goulon (kanan) pada perlawanan akhir persahabat­an Shah Alam City Cup 2021 menentang UiTM FC.
AKSI Goulon (kanan) pada perlawanan akhir persahabat­an Shah Alam City Cup 2021 menentang UiTM FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia