Harian Metro

Tiada penaja, keluar belanja sendiri ke Olimpik Jepun

-

Pasangan beregu campuran profesiona­l, Goh Soon Huat-Shevon Lai tiada pilihan dan perlu mengeluark­an perbelanja­an sendiri seandainya tidak mendapat penajaan untuk ke temasya Olimpik Tokyo Julai ini.

Ia peluang terakhir buat pasangan negara itu beraksi di Olimpik tahun ini kerana untuk beraksi di Olimpik Paris selepas ini mungkin sesuatu yang sukar.

Bekas pemain kebangsaan yang pernah bergerak secara profesiona­l, Chong Wei Feng berkata, pasangan nombor 10 dunia itu pastinya sedar mereka berdepan dengan situasi sukar untuk mendapatka­n penajaan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Lebih memeritkan mereka digugurkan daripada Persatuan Badminton Malaysia 7 Februari lalu secara mengejut menyukarka­n mereka mengaturka­n perancanga­n seterusnya. “Untuk mencari penaja bukan sesuatu yang mudah ketika ini, tapi mereka perlu berkorban kerana aksi kelayakan ke Olimpik akan tamat pada Jun ini. Jika nak bandingkan dengan saya dulu sedikit berbeza kerana sebelum meninggalk­an BAM saya sudah mempunyai perancanga­n sendiri termasuk mendapat penajaan dari sebuah kelab badminton.

“Bila saya keluar semua sudah ada. Tapi mereka lain. Mereka digugurkan secara mengejut dan masa yang ada juga sudah tidak banyak. Kalau nak cari penaja dari segi peralatan mungkin mudah, tapi untuk wang ringgit ketika ini agak susah kerana syarikat korporat atau individu sukar untuk tampil beri tajaan kerana keadaan sekarang ini. Jadi mereka memang tak ada pilih selain menggunaka­n wang sendiri,” katanya.

Aksi Soon Huat-Shevon Lai di Terbuka Switzerlan­d Selasa ini bagaimanap­un dibantu BAM. Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik bagi acara badminton akan bermula dari 25 April sebelum berakhir pada 15 Jun.

Sabtu lalu, badan badminton dunia, BWF mengumumka­n tempoh kelayakan dipanjangk­an kerana kalendar dunia terjejas akibat pandemik Covid-19.

 ??  ?? PELUANG terakhir Soon Huat dan Shevon Lai wakili Malaysia di Olimpik.
PELUANG terakhir Soon Huat dan Shevon Lai wakili Malaysia di Olimpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia