Harian Metro

Tepat ambil pemain naturalisa­si

-

Hasrat untuk mengambil lebih ramai pemain naturalisa­si adalah satu tindakan yang tepat untuk masa depan skuad ragbi negara.

Pandangan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) itu disambut baik jurulatih skuad ragbi tujuh sebelah negara, Saizul Hafifi Md Nor yang melihat kuasa gergasi Asia seperti Jepun turut menggunaka­n pendekatan yang sama.

Kata Saizul, Jepun antara yang sudah mempraktik­kan pendekatan itu dengan mengambil pemain naturalisa­si seawal usia 18 tahun dari Fiji untuk belajar di universiti tempatan dan pada masa sama diserapkan ke dalam program pasukan ragbi mereka.

“Memang ia satu idea yang bagus dan jika kita boleh buat perkara sama ia dapat memperkuat­kan skuad kebangsaan negara. Sama seperti yang bola sepak lakukan mengambil pemain naturalisa­si.

“Selain Fiji jika kita dapat mengambil pemain dari Samoa atau New Zealand juga bagus untuk kualiti skuad negara. Bagaimanap­un, ia memerlukan perancanga­n teliti membabitka­n universiti, kewangan dan kebajikan mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun,” katanya.

Terdahulu KRM menyuaraka­n hasrat berkenaan dalam usaha merealisas­ikan matlamat untuk mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabang­sa seterusnya berada sebaris dengan pasukan elit dunia lain.

Inisiatif berkenaan bukanlah hanya ‘cakap kosong’ saja apabila KRM akan melaksanak­an paling awal hujung tahun ini dengan mengambil pemain daripada negara di ranking ke-11 dunia iaitu Fiji.

Selain Fiji jika kita dapat mengambil pemain dari Samoa atau New Zealand juga bagus untuk kualiti skuad negara”

Saizul Hafifi Md Nor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia