Harian Metro

‘SAYA TAK LARI’

Pemilik Marcerra Kuantan FA buka mulut dakwa pemain tukar jersi, logo sebelum beraksi

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pemilik Marcerra Kuantan FA, Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus Khairuddin akhirnya tampil bersuara selepas sekian lama berdiam diri membabitka­n isu tunggakan gaji pasukan itu. Selepas ‘diserang’ dengan pelbagai tuduhan, beliau bersama peguamnya kini dalam usaha mengumpul segala bukti dan fakta untuk mempertaha­nkan diri terhadap semua dakwaan bekas pemain pasukan berkenaan malah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka jika didapati terdapat beberapa perkara yang didedahkan tidak benar, lapor Syazwan Msar

“Saya faham mereka mahu tuntut hak sebagai pemain dan jurulatih namun bagaimana pula hak pasukan terhadap mereka yang dilanggar atau gagal dipatuhi” Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus Khairuddin

“Saya tidak pernah bersembuny­i atau melarikan diri daripada isu tunggakan gaji Marcerra Kuantan FA.’’

Itu penjelasan pemilik Marcerra Kuantan FA, Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus Khairuddin yang akhirnya tampil bersuara selepas berdiam diri hampir tiga tahun.

Malah, beliau bersama peguamnya dalam usaha mengumpul segala bukti dan fakta untuk mempertaha­nkan diri terhadap segala tuduhan oleh bekas pemain pasukan berkenaan membabitka­n tunggakan gaji.

Beliau yang dihubungi Arena Metro memaklumka­n bahawa sedia maklum berkaitan tuntutan oleh beberapa bekas pemain dan jurulatih pasukan berkenaan namun ada antara perkara berkenaan tidak munasabah menyebabka­n kehendak mereka gagal dipenuhi.

Katanya, beliau memahami situasi bekas pemain dan jurulatih yang mahu menuntut hak masing-masing namun hakikatnya terdapat beberapa terma atau syarat kontrak yang gagal dipatuhi mereka ketika bersama Marcerra Kuantan FA.

“Saya faham mereka mahu menuntut hak sebagai pemain dan jurulatih namun bagaimana pula hak pasukan terhadap mereka yang dilanggar atau gagal dipatuhi. Pada perlawanan terdahulu, mereka menukar jersi dan logo penaja sebelum beraksi di atas padang sekali gus dilihat sudah melanggar syarat kontrak.

“Seperti sedia maklum, syarikat saya yang menaja pasukan berkenaan untuk bersaing di Liga Perdana namun sepanjang tempoh saingan itu sebenarnya tiada masalah pembayaran.

“Malah, saya juga sudah selesaikan pembayaran kepada pihak stadium selain turut tiada tunggakan membabitka­n peralatan fisioterap­i yang dituntut pihak berkaitan,” katanya.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan bekas pemain Marcerra Kuantan FA mahu mengheret pemilik kelab itu ke muka pengadilan selepas bersabar hampir tiga tahun ekoran tunggakan gaji yang masih belum diselesaik­an.

Menurut peguam yang dilantik bekas pemain itu Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, pihaknya bakal mengheret dua pasukan iaitu Marcerra Kuantan FA dan Kuantan FA membabitka­n isu tunggakan gaji sejak 2018 lalu.

Sementara itu, Feardaus berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka jika didapati terdapat beberapa perkara yang didedahkan tidak benar.

“Sudah tiba masanya saya tampil membersihk­an nama selepas mereka tidak henti menyerang dan melemparka­n pelbagai tuduhan.

“Saya bersama peguam akan mengumpul segala bukti dan akan mendedahka­n semuanya dalam masa terdekat sekali gus menerangka­n situasi sebenar yang terjadi dalam pasukan,” katanya yang membelanja­kan lebih RM1 juta untuk membina pasukan Marcerra Kuantan FA.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia