Harian Metro

REAL, CITY PULANG CERIA

Guardiola mahu barisan depan tingkat ketajaman robek gawang

- AFP

Manchester City semakin hampir melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Borussia Moenchengl­adbach semalam namun jurulatih Pep Guardiola menegaskan pasukannya perlu lebih tajam di barisan depan.

Tandukan separuh masa pertama menerusi Bernardo Silva dan gol sumbangan Gabriel Jesus di babak kedua aksi pertama pusingan 16 terakhir meneruskan rekod kemenangan skuad bimbingan Guardiola kepada 19 perlawanan dalam semua pertanding­an.

City yang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL), menguasai hampir keseluruha­n permainan yang terpaksa dilangsung­kan di Hungary kerana larangan memasuki Jerman berikutan pandemik Covid-19.

Meskipun mendominas­i permainan, City terpaksa mengambil masa untuk menewaskan barisan pertahanan Jerman terutama bintang Algeria, Ramy Bensebaini.

Walaupun Guardiola gembira dengan keputusan itu, beliau menambah City perlu memperbaik­i prestasi dalam usaha untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara.

“Kami menguasai perlawanan.

Malangnya kami tidak begitu tajam di barisan depan. Ia sesuatu yang perlu kami perbaiki pada saingan ini,” katanya.

Sementara itu, Ferland Mendy meletakkan Real Madrid menghampir­i saingan suku akhir Liga Juara-Juara selepas meledak gol lewat permainan untuk membantu kelabnya mencatatka­n kemenangan 1-0 ke atas Atalanta yang beraksi dengan 10 pemain di Bergamo.

Bintang Perancis itu memecah kebuntuan empat minit sebelum tamat permainan di Bergamo yang menyaksika­n tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir 70 minit selepas Remo Freuler dibuang padang kerana mengasari Mendy.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane akan melayan kunjungan Atalanta dalam aksi timbal balik di Madrid pada 16 Mac.

“Ia bukanlah persembaha­n terbaik kami tetapi gol di tempat lawan amat penting,” kata Zidane.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia