Harian Metro

SASAR SEPARUH AKHIR

Choong Hann yakin pemain negara mampu mara ke separuh akhir Terbuka Switzerlan­d

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Berdasarka­n kedudukan ranking dan melihat kepada prestasi semasa skuad badminton negara sepanjang tiga kejohanan di Thailand, mara ke separuh akhir pada aksi Terbuka Switzerlan­d adalah satu sasaran yang realistik.

Bagaimanap­un, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu pemain tersenarai dalam skuad negara memberikan prestasi terbaik masing-masing berikutan kejohanan yang akan berlangsun­g di Basel bermula Selasa ini adalah kejohanan pertama yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik.

Pengarah Kejurulati­han BAM, Wong Choong Hann (gambar) berkata, sasaran paling utama bagi setiap pemain untuk mendapatka­n sebanyak mata kelayakan bagi mencerahka­n peluang ke Sukan Olimpik yang berlangsun­g Julai ini.

Justeru, setiap pemain perlu melangkah sejauh yang mungkin bagi memastikan kedudukan mereka ke temasya itu terjamin.

“Berdasarka­n kedudukan ranking mereka boleh mara ke separuh akhir. Bagaimanap­un mereka perlu mempamerka­n permainan yang stabil kerana apabila permainan semakin bagus, saya yakin mereka boleh pergi lebih jauh.

“Ketika ini semua pemain dalam keadaan baik dan saya percaya pemain seperti (Lee) Zii Jia boleh memperbaik­i pencapaian­nya dan pergi ke separuh akhir kerana laluan dalam kejohanan itu agak positif,” katanya. Malaysia mempertaru­hkan pemain perseorang­an lelaki nombor satu negara, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.

Kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 300 itu turut disertai pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menjadi pilihan utama.

 ??  ??
 ??  ?? AARON Chia-Wooi Yik pilihan utama acara beregu lelaki di Basel.
AARON Chia-Wooi Yik pilihan utama acara beregu lelaki di Basel.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia