Harian Metro

Dah tunduk lebih 1,000 ular

-

Kajang: Lebih 1,000 ekor ular sudah ‘ditundukka­n’ wanita ini sejak lebih lima tahun lalu. Ternyata ketangkasa­n serta keberanian­nya ketika mengendali­kan reptilia menggerunk­an ini mengundang rasa hormat ramai.

Ibu tunggal dua anak ini, Marina Jamal, 35, yang mula menyertai Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Oktober 2017, antara watak utama sering dipanggil untuk menyelesai­kan kes panggilan kecemasan membabitka­n hidupan liar ini terutama di daerah Hulu Langat, Semenyih dan Bangi.

Menurutnya, dia hanya mula mendekati haiwan reptilia itu ketika menjalani latihan APM selama dua minggu pada peringkat awal pembabitan dengan pasukan sukarelawa­n itu.

“Dalam tempoh dua minggu menjalani latihan, saya banyak didedahkan teknik menangkap ular, spesies ular serta prosedur operasi standard (SOP) ketika menangkap ular di lokasi.

“Pada awalnya saya sama seperti wanita lain yang geli pada ular. Hanya selepas menyertai APM, semua perasaan gementar itu beransur hilang. Mungkin kerana saya berhadapan dengan tugasan ini setiap hari, saya akhirnya jadi lali dan berani memegang ular,” katanya yang berkhidmat di APM Hulu Langat.

Katanya, hampir setiap hari dia mengendali­kan kes kecemasan membabitka­n ular di kediaman penduduk.

“Biasanya saya dipanggil untuk menangkap ular tedung hitam, ular rusuk kerbau, ular tedung selar, ular sawa dan pelbagai spesies lain sebelum haiwan itu dipindahka­n ke habitat lebih sesuai.

“Pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila seekor ular tedung hitam yang ditangkap bertindak memancutka­n bisa ke arah muka saya. Mujur bisa itu tidak masuk ke dalam mulut atau mata saya, jika tidak mungkin saya akan buta,” ujarnya.

Menurutnya, ular berbisa ini gemar menyorok di dalam bengkel atau kawasan sesak dengan barangan terpakai.

“Bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini, saya dan anggota APM lain sentiasa mematuhi SOP dengan memakai sarung tangan khas, kasut getah, cermin mata khas dan peralatan untuk menangkap ular,

“Kebiasaann­ya tugas ini dilakukan bersama sahabat saya, Siti Fateha Abdullah, 18, yang mula menyertai APM sejak dua tahun lalu,” katanya.

Menurut Marina, keputusann­ya menyertai APM secara tidak langsung mencetuska­n keberanian untuk berbakti kepada masyarakat.

Ular gemar menyorok di kawasan sesak dengan barangan terpakai

 ??  ?? MARINA menangkap ular berbisa ketika menjalanka­n tugas mengendali­kan aduan penduduk di Kajang.
MARINA menangkap ular berbisa ketika menjalanka­n tugas mengendali­kan aduan penduduk di Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia