Harian Metro

Tak serik dipatuk ular tedung selar

-

Rawang: Pengalaman dipatuk ular tedung selar empat tahun lalu pernah membuatkan Pegawai Bomba Kanan ll, Nor Fazida Tina Mohamad Noor, 40, fobia dengan reptilia berkenaan.

Insiden itu menyebabka­n wanita mesra disapa Tina terpaksa ditahan selama 18 jam di wad Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan doktor walaupun hanya mengalami luka kecil tanpa ada simptom atau kecederaan serius.

Namun perasaan gerun itu hanya seketika apabila Tina kembali melaksanak­an tugas sebagai penyelia pasukan serta jurulatih ular di Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.

Bercerita lanjut, Tina berkata, Allahyarha­m Abu Zarin Hussin yang juga pakar ular dan pernah bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Pahang adalah individu yang banyak memberikan­nya tunjuk ajar dalam mengendali­kan ular.

“Saya tidak pernah memegang ular sebelum ini. Ia hanya bermula apabila saya bertugas sebagai anggota bomba dan penyelamat.

“Segalanya bermula selepas saya menerima panggilan daripada Allahyarha­m Abu Zarin memaklumka­n mahu mewujudkan kursus pengendali­an ular pada 2016 dan mengajak saya turut serta.

“Pada mulanya saya enggan mengikuti kursus itu kerana memikirkan risiko terhadap nyawa. Namun saya bersetuju selepas diyakinkan Allahyarha­m (Abu Zarin) yang memberi jaminan pasukannya iaitu Wira Penyelamat akan membantu jika berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Menurutnya, banyak ilmu ditimba sepanjang terbabit dalam kursus pengendali­an ular selama sebulan itu antaranya karakter reptlia berkenaan, spesies yang ada dan bagaimana proses pembiakann­ya.

Katanya, pengalaman itu banyak mengajar dan membantuny­a sehingga bergelar jurulatih seterusnya membimbing anggota bomba baru yang mengikuti kursus itu.

“Tidak semua orang berpeluang mengendali­kan ular. Saya anggap kelebihan diberi sebagai satu anugerah daripada Allah SWT,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia