Harian Metro

Dua lelaki samun polis dicekup

-

Kuala Lumpur: Dua lelaki yang menyerang seorang anggota polis dalam kejadian cubaan samun di Taman Sri Rampai di sini, berjaya ditahan dalam tempoh tujuh jam, kelmarin.

Mangsa berusia 38 tahun sebelum itu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki motosikal sebaik selesai bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika melalui lokasi kejadian, anggota berpangkat koperal terbabit ditahan dua lelaki yang cuba menyamun dan memukulnya.

“Mangsa melawan dan mempertaha­nkan diri sebelum berlaku pergelutan yang mengakibat­kan dia cedera dipukul menggunaka­n topi keledar serta cermin kaca.

“Anggota itu mendapatka­n rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima enam jahitan di bahagian dada kanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia