Harian Metro

4 direman kes lindungi sindiket dadah

-

Georgetown: Empat individu termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat asisten superinten­dan (ASP) direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah kerana melindungi sindiket pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai polis berusia 43 tahun berkenaan bersama seorang anggota berpangkat lans koperal, 40, dan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berusia 36 tahun, direman selama dua hari hingga hari ini.

Manakala seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun direman empat hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang di sini, Muhammad Azam Md Eusoff.

Terdahulu, keempat-empat lelaki itu dibawa ke mahkamah jam 10.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Menurut sumber, dua anggota polis itu diserahkan oleh polis sendiri di pejabat SPRM Pulau Pinang manakala dua lagi ditahan oleh SPRM pada tengah hari kelmarin.

Keempat-empat suspek dipercayai menerima wang suapan RM500,000 daripada sindiket pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu. Ia bagi melindungi serta tidak membocorka­n maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di sekitar negeri ini.

Difahamkan, pegawai dan anggota polis terbabit masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Terima wang suapan RM500,000 daripada sindiket pengedaran dadah

 ??  ?? ANGGOTA SPRM mengiringi empat suspek untuk mendapatka­n perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret, semalam.
ANGGOTA SPRM mengiringi empat suspek untuk mendapatka­n perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia