Harian Metro

KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH

MMA anggap kadar denda tak selari purata pendapatan rakyat

- Oleh Siti Haliza Yusop bhnews@bh.com.my

Kadar kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 disifatkan sebagai tidak munasabah.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr Subramania­m Muniandy berkata, beliau memahami kadar itu dinaikkan bagi memastikan kepatuhan terhadap SOP, tetapi penetapann­ya perlu dilakukan dengan mengambil kira purata pendapatan rakyat di negara ini.

“MMA sendiri pernah mencadangk­an kadar kompaun RM1,000 itu dinaikkan sehingga maksimum RM3,000 memandangk­an masih ada yang degil dan tidak mematuhi SOP.

“Tetapi kadar maksimum baru ditetapkan kerajaan terlalu tinggi dan pastinya akan membebanka­n orang ramai terutamany­a dalam situasi ekonomi kini,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan mengkaji semula kadar maksimum kompaun itu selain menggunaka­n pendekatan bersifat mendidik bagi menyedarka­n masyarakat mengenai kepentinga­n mematuhi SOP bagi kawalan Covid-19.

Katanya, banyak undang-undang digariskan pihak berkuasa sebelum ini berubah-ubah sehingga menimbulka­n tekanan kepada masyarakat terutamany­a dalam keadaan kini.

“Undang-undang yang ingin dilaksanak­an kerajaan perlulah melalui proses pemikiran dan kajian, bukan proses mengkaji dengan ‘mulut’ saja.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menyifatka­n penetapan kadar kompaun maksimum RM10,000 itu sebagai carrot and stick approach atau pendekatan melalui ganjaran dan hukuman bagi mendidik masyarakat mengenai pematuhan SOP.

Katanya, daripada segi perundanga­n, apa yang dilakukan kerajaan tidak salah, tetapi penguatkua­saannya perlu meliputi semua lapisan masyarakat tanpa ada yang diberi keistimewa­an.

“Kompaun berkenaan dinaikkan berdasarka­n perkembang­an semasa yang mana masih ada kalangan orang awam yang sengaja tidak patuh SOP.

“Nasihat saya, sentiasa peka dalam pematuhan SOP dan rasanya ia bukan sesuatu yang sukar tambahan lagi selepas lebih setahun penularan Covid-19 berlaku di seluruh dunia.

“Cuma daripada segi implementa­si undang-undang ini, ia perlulah meliputi semua. Ramai yang bising kerana pelaksanaa­n undang-undang sebegini ada masanya bersifat dua darjat,” katanya.

 ??  ?? RAKYAT berdepan kadar kompaun sepuluh kali ganda daripada nilai sekarang jika didapati melanggar SOP.
RAKYAT berdepan kadar kompaun sepuluh kali ganda daripada nilai sekarang jika didapati melanggar SOP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia