Harian Metro

Tempoh beri amaran berakhir

-

Kuala Lumpur: Tindakan menaikkan kadar kompaun maksimum kepada RM10,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan meningkatk­an aspek pematuhan orang awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, individu yang berulang kali melanggar SOP berkenaan perlu mengambil serius terhadap isu kadar kompaun baharu ini.

“Penganjur himpunan atau perjumpaan sosial secara haram dan pemilik premis hiburan yang secara terbuka melanggar SOP juga perlu takut dengan kadar maksimum kompaun itu.

“Pada masa sama, peningkata­n kadar kompaun maksimum sehingga RM50,000 terhadap syarikat adalah langkah pencegahan dan kawalan Covid-19 yang wajar serta tepat pada masanya,” katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya sentiasa tegas dalam menguatkua­sakan undang-undang terutamany­a membabitka­n kesalahan ingkar SOP.

“Tempoh beri amaran dan nasihat untuk mereka yang melanggar SOP sudah berakhir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia