Harian Metro

‘DENGARLAH RAYUAN KAMI’

Pengusaha majlis perkahwina­n rayu kembali beroperasi

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

“Ada antara pengusaha majlis perkahwina­n ini terpaksa meminjam along (ceti haram) untuk membayar kembali duit pelanggan. Jadi kami mohon supaya kerajaan membenarka­n industri ini beroperasi semula sama seperti sektor lain,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwina­n Malaysia (PPMPM), Zarina Mohideen.

Menurutnya, lebih 200,000 pekerja dalam industri pengurusan acara di seluruh negara bakal kehilangan pekerjaan mereka sekiranya kerajaan tidak membenarka­n sektor itu beroperasi.

Beliau jelas kecewa kerana sektor itu sering menjadi sektor yang terakhir dibenarkan beroperasi.

“Saya faham situasi yang dialami negara ketika ini namun mahu kerajaan juga memahami situasi yang dialami oleh pengurusan acara terutamany­a majlis perkahwina­n.

“Kami kecewa kerana suara kami tidak didengari. Industri ini sudah nazak dan tidak mampu lagi menampung segala perbelanja­an termasuk bayaran gaji pekerja, premis serta dewan.

“Pemilik premis juga tidak mahu mengurangk­an kadar bayaran sewa serta dewan yang sudah ditempah sebelum ini. Selain itu, kami juga terpaksa menanggung kerugian kerana ramai yang mahu membatalka­n majlis perkahwina­n,” katanya selepas menyerahka­n memorandum ke Pejabat Perdana Menteri di Dataran Putra di sini, semalam.

Sementara itu Timbalan PPMPM, Daeng Syamsalleh Hamzah berkata, segala wang simpanan yang disimpan sebelum ini hanya boleh bertahan sehingga Mac hadapan.

“Saya rasa ini adalah bulan terakhir kami mampu bertahan sebelum menutup perniagaan. Apabila memasuki April iaitu bulan Ramadan, sudah tentu tiada majlis perkahwina­n akan diadakan.

“Jika sektor ini tidak dibenarkan untuk beroperasi ramai pengusaha akan terjejas serta terpaksa menutup perniagaan masing-masing,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan bersetuju untuk membenarka­n majlis akad nikah diadakan.

Bagaimanap­un majlis itu hanya dibenarkan diadakan di pejabat agama dan masjid dengan had maksimum adalah 20 orang tidak termasuk jurunikah serta saksi. Selain itu, majlis berkenaan juga perlu mendapatka­n kelulusan daripada pejabat agama terlebih dahulu.

“Kami kecewa kerana suara kami tidak didengari Zarina

 ??  ?? ZARINA (tengah) bersama sebahagian ahli PPMPM berkumpul di Dataran Putra bagi menghantar memorandum ke Pejabat Perdana Menteri merayu supaya industri perkahwina­n dibenarkan beroperasi semula.
ZARINA (tengah) bersama sebahagian ahli PPMPM berkumpul di Dataran Putra bagi menghantar memorandum ke Pejabat Perdana Menteri merayu supaya industri perkahwina­n dibenarkan beroperasi semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia