Harian Metro

Vaksinasi bentuk antibodi

-

Kuala Lumpur: Rakyat negara ini yang bertanggun­gjawab seharusnya menerima perancanga­n Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) demi kebaikan semua.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rosnah Sutan berkata, mereka perlu memaklumka­n kepada petugas kesihatan jika tergolong dalam kumpulan yang disenaraik­an tidak layak menerima vaksin itu.

Beliau berkata, Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam juga mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Malah, sebanyak 48 negara memperakui penggunaan vaksin ini secara global. Negara kita bersetuju memberikan kemudahan pencegahan jangkitan wabak Covid-19 dengan mengadakan PICK yang dilancarka­n pada 24 Februari lalu.

“Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech diberikan kepada rakyat secara berfasa dengan fasa pertama kepada petugas barisan hadapan dan pesakit kronik.

“Tujuan utama adalah untuk mengawal penularan wabak Covid-19 serta mengurangk­an risiko apabila dijangkiti atau jangkitan semula (berulang),” katanya.

Beliau berkata, bilangan populasi yang ramai mendapat vaksinasi akan membentuk antibodi untuk mengurangk­an kebarangka­lian

‘ Tujuan utama adalah untuk mengawal penularan wabak Covid-19 serta mengurangk­an risiko apabila dijangkiti atau jangkitan semula (berulang)”

Dr Rosnah

penularan virus lebih teruk sekali gus melindungi golongan berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi seperti disenaraik­an oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, hasil kajian percubaan didapati vaksin itu adalah selamat untuk semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang layak untuk menerima suntikan.

Beliau berkata, vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA, lipid, gula dan garam yang disuntik sebanyak 0.3Ml untuk satu dos manakala dos kedua selang tiga minggu atau 21 hari.

Katanya, kedua-dua dos perlu disuntik bagi memastikan perlindung­an optima dan vaksin akan mula menunjukka­n keberkesan­an melalui peningkata­n antibodi dalam badan bermula hari ke-12 selepas dos pertama diberikan.

“Pembentuka­n antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Apa pun, kesan sampingan vaksin perlu dipantau seperti vaksin yang lain juga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia