Harian Metro

Upacara perkahwina­n bukan Islam dibenar di PKP, PKPB, PKPP saja

-

Putrajaya:

Pasangan bukan Islam yang mahu melangsung­kan perkahwina­n boleh meneruskan majlis bermula semalam selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 membenarka­n ia dijalankan di pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.

Kenyataan JPN semalam berkata, kebenaran itu bagaimanap­un hanya untuk kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) saja.

JPN berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat dipengerus­ikan Menteri Kanan Keselamata­n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu membolehka­n upacara perkahwina­n penganut bukan Islam yang tertangguh sejak pelaksanaa­n PKP 2.0 dilaksanak­an.

Katanya, upacara perkahwina­n di kawasan PKP Diperketat­kan (PKPD) bagaimanap­un tidak dibenarkan.

“Selaras dengan keputusan ini, JPN mengemaski­ni dan menambahba­ik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwina­n bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan islam untuk panduan dan pematuhan semua pihak.

“Antara perkara yang ditambah baik dalam SOP itu adalah berkaitan kapasiti kehadiran ketika upacara pendaftara­n perkahwina­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia