Harian Metro

KITA RUJUK ULAMA DUNIA

- Bernama

Malaysia mendapatka­n pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia mengenai hukum pengambila­n vaksin Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, beliau turut menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan mengenai isu berkaitan vaksin antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

“Rata-rata mereka berfatwa bersandark­an kepada rujukan pakar (bidang kesihatan) bagi memastikan vaksin (Covid-19) ini selamat dan halal digunakan.

“Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas (bidang khusus),” katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Vaksin: Cegah Sebelum Kalah yang disiarkan secara langsung di TV 1, malam kelmarin.

Forum itu menampilka­n sembilan ahli panel terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, terdapat tiga aspek penting bagi menentukan hukum halal dan haram sesuatu perkara antaranya merujuk kepada pakar bagi bidang berkaitan sekiranya tidak terdapat dalil atau bukti dalam al-Quran dan hadis.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, Nabi Muhammad SAW turut merujuk pakar perubatan pada zaman itu jika ada sahabat yang sakit.

“Nabi Muhammad SAW akan merujuk pakar perubatan Al-Harith ibn Kaladah walaupun beliau bukan seorang Muslim,” katanya.

“Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas Dr Zulkifli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia