Harian Metro

BOLEH KENA TINDAKAN

- Oleh Suraya Roslan dan Ekhwan Haque Fazlul Haque am@hmetro.com.my

Individu yang gagal hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas mendapat tarikh dan waktu ditetapkan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) belum mencadangk­an bentuk tindakan yang boleh dikenakan.

Menurutnya, pendekatan lebih mesra akan digunakan untuk memastikan individu yang perlu disuntik hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Mereka yang gagal hadir boleh diambil tindakan namun keputusan mengenai perkara itu masih belum diputuskan.

“Apa yang lebih penting adalah kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentinga­n suntikan vaksin untuk memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita,” katanya dalam Sesi Libat Urus Ketua Pengarah Kesihatan Bersama Media, semalam.

Beliau berkata, vaksin yang diperoleh kini begitu bernilai untuk menyelamat­kan nyawa dan ia tidak harus dibazirkan.

Katanya, KKM akan memastikan suntikan sepatutnya diberikan kepada individu yang tidak hadir itu akan diganti dengan petugas barisan hadapan dalam senarai menunggu.

“Vaksin ini perlu disuntik dalam tempoh enam jam selepas dicairkan dan kita tidak mahu ia dibazirkan begitu saja.

“Jadi saya harap mereka yang sudah mendapat tarikh dan lokasi suntikan agar datang mengikut maklumat yang diberikan menerusi aplikasi MySejahter­a,” katanya.

Setakat ini, katanya, KKM akan menghubung­i individu yang akan disuntik vaksin iaitu tiga hari sebelum suntikan dibuat.

‘ Vaksin ini perlu disuntik dalam tempoh enam jam selepas dicairkan dan kita tidak mahu ia dibazirkan begitu saja”

Dr Noor Hisham

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 54 petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ceria selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Institut Kanser Negara (IKN), semalam. IKN berperanan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan melaksanak­an proses vaksinasi Covid-19 kepada 991 petugas barisan hadapan bermula Isnin depan.
SEBAHAGIAN daripada 54 petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ceria selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Institut Kanser Negara (IKN), semalam. IKN berperanan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan melaksanak­an proses vaksinasi Covid-19 kepada 991 petugas barisan hadapan bermula Isnin depan.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Selangor menyembur cecair nyah kuman ketika melakukan proses sanitasi selepas Majlis Perasmian Public Sanitizati­on Campaign @MSU Campus di Seksyen 13, Shah Alam, semalam.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Negeri Selangor menyembur cecair nyah kuman ketika melakukan proses sanitasi selepas Majlis Perasmian Public Sanitizati­on Campaign @MSU Campus di Seksyen 13, Shah Alam, semalam.
 ??  ?? PELAJAR Sekolah Menengah Agama Persekutua­n Kajang, Muhammad Idzofi Mohd Halim, 17, mengemas buku sekolah sebagai persediaan awal untuk memulakan sesi persekolah­an yang bakal tiba ketika tinjauan, semalam. Majlis Keselamata­n Negara (MKN) membenarka­n ibu bapa menghantar anak ke sekolah atau asrama dengan surat pengesahan daripada sekolah atau asrama bermula 1 Mac 2021.
PELAJAR Sekolah Menengah Agama Persekutua­n Kajang, Muhammad Idzofi Mohd Halim, 17, mengemas buku sekolah sebagai persediaan awal untuk memulakan sesi persekolah­an yang bakal tiba ketika tinjauan, semalam. Majlis Keselamata­n Negara (MKN) membenarka­n ibu bapa menghantar anak ke sekolah atau asrama dengan surat pengesahan daripada sekolah atau asrama bermula 1 Mac 2021.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia