Harian Metro

KES KINI HAMPIRI 300K

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijangka dapat meredakan wabak koronaviru­s

-

Bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tiga hari lalu serta catatan kes harian baharu di bawah angka dua ribu kelmarin pastinya melegakan serta menyakinka­n bahawa situasi pandemik dalam negara akan bertambah baik.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari Khamis 25 Februari 2021, negara mencatat jumlah kes harian baharu Covid-19 sebanyak 1,924 kes.

Kali terakhir Malaysia merekod kes harian baharu di bawah angka 2,000 ialah pada 3 Januari 2021 iaitu sebanyak 1,704 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa jangkitan penyakit

Covid-19 di Malaysia kelmarin (25 Februari) berkata, daripada jumlah 1,924 kes itu, sebanyak

1,918 kes adalah penularan tempatan sementara enam (6) lagi adalah kes import.

Daripada 1,918 kes penularan tempatan, sebanyak 1,543 kes (80.4 peratus) melibatkan warganegar­a dan 375

(19.6 peratus) bukan warganegar­a.

Rekod kes harian baharu sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama (20 Februari-25 Februari) bagaimanap­un tercalar dengan Kluster Tempat Kerja (KTK), masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan yang mencetuska­n kes empat angka.

KTK Kluster Jalan Changkat Jong di Perak (kilang pembuatan produk kayu) yang dilaporkan pada Ahad 21 Februari, mencatat 1,046 kes dan meletakkan negeri itu di tempat teratas dalam senarai jumlah kes pada hari itu, dengan 1,215 kes.

KTK, Kluster Industri Sungai Gadut di Negeri Sembilan yang dilaporkan pada Rabu 24 Februari, melibatkan sebanyak 1,338 kes. Pada hari itu, negeri ini mencuri tempat teratas, mendahului Selangor dengan 1,392 kes baharu Covid-19 dengan Selangor mencatat kes baharu tiga angka iaitu 581 kes.

Dengan kes empat angka kedua-dua KTK ini, jumlah kes harian baharu Malaysia pada 21 Februari dan 24 Februari, melonjak masing-masing 3,297 kes dan 3,545 kes.

Jumlah kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini menghampir­i 300 ribu iaitu 293,698 kes, sementara kes aktif dengan kebolehjan­gkitan pula menurun di bawah 30 ribu iaitu 28,837 kes.

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang rangkuman mingguan 20 Februari hingga 25 Februari 2021 adalah 2,461 kes (20 Februari), 3,297 kes (21 Februari), 2,192 kes (22 Februari), 2,468 kes (23 Februari), 3,545 kes (24 Februari) dan 1,924 kes (25 Februari).

Kelmarin, 25 Februari, kes sembuh yang direkod adalah sebanyak 3,752 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada Covid-19 kini sebanyak 263,761 kes (89.8 peratus).

Rekod kes sembuh harian sepanjang rangkuman mingguan 20 Februari hingga 25 Februari 2021 adalah 4,782 kes (20 Februari), 4,456 kes (21 Feb), 3,414 kes (22 Februari), 4,055 kes (23 Februari), 3,331 kes (24 Februari) dan 3,752 kes (25 Februari).

Sehingga 25 Februari 2021, empat (4) daerah di Semenanjun­g kembali kepada zon hijau iatu Langkawi, Padang Terap di Kedah dan Cameron Highlands dan Lipis di Pahang.

Lindung Diri,

Lindung Semua. Ungkapan yang mengiringi harapan sudah tentunya semua rakyat Malaysia dengan bermulanya Program Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula Rabu (24 Februari) lepas.

Setelah lebih setahun slogan #kitajagaki­ta dan #kitapastim­enang, menjadi pendorong untuk masyarakat negara ini cekal berhadapan dengan pandemik Covid-19 , sudah tentunya ketibaan ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad 21 Februari 2021, disambut dengan penuh rasa syukur. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah antara penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 yang berlangsun­g pada Rabu lepas (24 Februari). Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadiny­a pada 24 Februari menyifatka­n Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebagai ‘satu sinar harapan, satu titik permulaan penamatan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara kita.’

Beliau turut mengungkap, sejurus selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu 24 Februari

2021: “Satu langkah tepat suntikan vaksin Covid-19 memberi pelindunga­n dalaman dari jangkitan Covid-19. Pun begitu langkah pencegahan dan kawalan kesihatan awam mesti diteruskan dengan pematuhan kepada SOPs untuk pelindunga­n luaran.”

Untuk rekod, program menyeluruh Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini dibuat dalam tiga fasa ini untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam masyarakat tempatan supaya dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan koronaviru­s maut ini.

Ia dibahagi kepada tiga fasa yang akan memberi manfaat kepada 80 peratus atau 26.5 juta rakyat Malaysia di mana vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama (Februari-April 2021); Fasa kedua (April hingga Ogos 2021) dan Fasa ketiga (Mei 2021 hingga Februari 2022).

Dengan rekod kes kumulatif 293,698 kes, Malaysia kekal di tangga 45 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia adalah Slovakia dengan 300,775 kes.

Negara China yang melaporkan kes awal koronaviru­s maut ini pada penghujung tahun 2019, masih di tangga 84 dengan 89,877 kes, sementara negara jiran Singapura di tangga 95 dengan 59,900 kes.

Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook peribadiny­a pada 25 Februari berkata, kadar kebolehjan­gkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94.

Selangor yang mencatat kes harian baharu tiga angka (666 kes) pada 25 Februari merekod Ro/Rt 0.88.

Malaysia masih berada di bawah Pengisytih­aran Darurat bermula 12 Januari sehingga bulan Ogos 2021.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dijadualka­n berakhir pada 4 Februari dan disambung sehingga 18 Februari 2021, disambung lagi dari 19 Februari hingga 4 Mac untuk Wilayah

Persekutua­n Kuala

Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

 ??  ?? BILANGAN kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini menghampir­i 300 ribu.
BILANGAN kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini menghampir­i 300 ribu.
 ??  ?? VAKSIN jenis Pfizer-BioNTech.
VAKSIN jenis Pfizer-BioNTech.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia