Harian Metro

MAYAT ATAS ATAP

Lelaki berusia 60 tahun rebah ketika tukar bumbung rumah

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Seorang lelaki warga emas rebah ketika menukar bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya di sini, semalam sebelum disahkan meninggal dunia sejurus kakitangan perubatan tiba untuk memberi rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, terdahulu, lelaki berusia 60 tahun itu dan rakannya sedang melakukan kerja pengubahsu­aian di rumah milik seorang wanita sejak tiga hari lalu.

“Berdasarka­n maklumat daripada rakan sekerjanya, mangsa memulakan kerja jam 8.30 pagi sebelum rebah kira-kira jam 10.30 pagi.

“Rakannya yang turut berada di bumbung cuba memberi bantuan kecemasan sebelum menghubung­i bomba dan penyelamat,” katanya.

Menurut Adzli, anggota bomba yang tiba kemudianny­a membawa mangsa turun daripada bumbung dan ketika itu, lelaki berkenaan masih bernyawa.

“Sebaik pegawai perubatan tiba, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

“Anak mangsa memaklumka­n yang bapanya tidak menghidap sebarang penyakit dan tidak pernah mendapatka­n sebarang rawatan di hospital,” katanya.

Pemeriksaa­n di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan Covid-19 dijalankan sebelum bedah siasat dilakukan. Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sungai Petani.
ANGGOTA bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sungai Petani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia