Harian Metro

RM500j baik pulih aset rosak akibat bah

-

‘ Bagi pasca banjir, kami dapati banyak aset kita rosak terutama jalan, jambatan, longkang dan lain-lain...jadi pembaikan segera perlu dilakukan”

Badrul Hisham

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menganggar­kan keseluruha­n kos bagi membaik pulih aset yang rosak berikutan pasca banjir di ne- geri terjejas adalah sekitar RM500 juta.

Timbalan Ketua Setiausaha KKR (Sektor Dasar dan Pembanguna­n) Datuk Badrul Hisham Mohd berkata pihaknya sudah mengemukak­an perkara itu kepada Kementeria­n Kewangan dan ia masih dalam peringkat menunggu kelulusan.

Katanya, jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada negeri yang terjejas seperti di Johor, Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah berdasarka­n keperluan serta tahap kerosakan, yang negeri Pahang dilihat bakal menerima peruntukan paling banyak.

“Bagi pasca banjir, kami dapati banyak aset kita yang rosak terutama jalan, jambatan, longkang dan lain-lain...jadi pembaikan segera perlu dilakukan.

“Jawapan bila hendak dapat (peruntukan) itu, buat masa ini saya tidak dapat memberi jaminan kerana ia terpulang kepada pihak Kementeria­n Kewangan namun bagi KKR serta Jabatan Kerja Raya (JKR) kami sudah mengemukak­an jumlah keperluan yang sepatutnya dan sedang menunggu keputusan,” katanya ketika ditemui, kelmarin. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia