Harian Metro

DUGAAN SAMBUT ANAK SULUNG

Penghantar makanan terbabit kemalangan dapat simpati warganet selepas tular di media sosial

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

“Sejak Ahad lalu, isteri (Julia Natasha Jamil, 24) yang menjaga saya

Meor Samsul

“Saya mungkin tidak dapat bekerja untuk tempoh enam bulan atau lebih lama hingga timbul rasa bimbang kerana bakal menyambut kelahiran anak sulung tidak lama lagi,” kata penghantar makanan Meor Samsul Helmi Rahmatulla­h.

Kisah Meor Samsul, 30, tular di laman sosial sejak kelmarin dan menarik perhatian warganet yang rata-ratanya bersimpati dengan keadaan lelaki itu kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika mencari rezeki.

Lebih menyedihka­n kerana Meor Samsul berkemungk­inan terpaksa berehat lama kerana patah tulang paha dan koyak lutut akibat kemalangan di susur keluar di Bandar Dato’ Onn ke Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), dekat Johor Bahru, Ahad lalu.

Bercerita lanjut, Meor Samsul berkata, kemalangan itu berlaku selepas dia terlanggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan ketika dalam perjalanan ke Stulang, Johor Bahru selepas menghantar pesanan kepada pelanggan di Bandar Dato’ Onn.

Susulan itu, Meor Samsul dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru bagi mendapatka­n rawatan

“Insiden itu berlaku sekelip mata kerana saya sedar-sedar sudah terbaring atas jalan raya selepas terlanggar kereta berkenaan.

“Saya kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut dan peha saya juga dimasukkan besi.

“Sejak Ahad lalu, isteri (Julia Natasha Jamil, 24) yang menjaga saya dan tidak tahu bila akan dibenarkan pulang kerana masih perlu menjalani pembedahan hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanap­un, Meor Samsul bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada orang ramai yang menghulurk­an sumbangan selepas kisahnya dimuat naik di laman Motorsport­s Malaysia hingga tular.

Katanya, wang sumbangan diterima itu akan digunakan untuk rawatan sekiranya perlu dan perbelanja­an bayi yang bakal lahir kelak.

“Saya bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa untuk menyara keluarga kerana isteri hanya suri rumah.

“Diikutkan saya sedang mengumpul wang sebagai persediaan menyambut kelahiran anak kami kerana isteri kini hamil empat bulan, namun saya diuji pula dengan kemalangan ini.

“Buat masa ini, saya mungkin menggunaka­n dulu wang simpanan dan sumbangan diterima untuk bertahan selain berdoa cepat sembuh supaya dapat kembali mencari rezeki buat keluarga,” katanya.

 ??  ?? MEOR Samsul kini menerima rawatan di HSI,Johor Bahru.
MEOR Samsul terbabit dalam kemalangan, Ahad lalu.
MEOR Samsul kini menerima rawatan di HSI,Johor Bahru. MEOR Samsul terbabit dalam kemalangan, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia