Harian Metro

Anak patah tulang belakang jatuh tandas

-

Ibu lima anak, Rosmini Ismail kini buntu memikirkan cara untuk mendapatka­n wang sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahan anaknya, Siti Nur Alyah Aznan, 17, di sebuah pusat perubatan swasta dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, Isnin depan.

Rosmini, 48, yang menetap di Kuala Ketil, Kedah berkata, pembedahan itu diperlukan bagi merawat anaknya yang disahkan patah tulang belakang akibat terjatuh di tandas sekolah pada 8 Julai lalu.

Menurut Rosmini, pembedahan perlu dilakukan segera namun dia sekeluarga kini baru mengumpul kira-kira RM1,000 daripada jumlah keseluruha­n yang diperlukan. ‘Kami sekeluarga tidak tahu mengenai apa yang terjadi sehingga Nur Alyah mengadu sakit belakang kira-kira dua minggu selepas itu.

“Bagi mendapatka­n kepastian, anak sulung saya (Noor Firdaus Abdul Rahim, 37) membawanya ke hospital (Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah dan pada waktu itu baru doktor memaklumka­n punca penyakitny­a.

“Sudah beberapa sesi rawatan susulan dilakukan dan doktor akhirnya mengesyork­an pembedahan kerana ada kemungkina­n untuk lumpuh jika tidak dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Rosmini, hanya Allah saja yang tahu perasaanny­a melihat Nur Alyah yang dulunya sihat kini tidak dapat berjalan.

“Kalau boleh, saya sanggup ganti tempatnya itu kerana tidak mahu melihatnya terus derita.

“Malah, sehingga ke hari ini, saya sekeluarga tidak henti berikhtiar mencari wang bagi menampung kos pembedahan­nya.

“Saya sampai ke tahap tidak lalu makan dan minum memikirkan hal itu malah kami sekeluarga sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur pada Ahad depan, tetapi wang diperlukan masih belum cukup sehingga hari ini,” katanya.

Di sebalik ujian itu, Rosmini berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurk­an sumbangan dan mendoakan anaknya.

“Alhamdulil­lah, ramai yang prihatin, malah ada dalam kalangan keluarga, rakan dan penduduk setempat menghulurk­an sumbangan. Semoga Allah dapat membalas kebaikan anda semua,” katanya.

Sementara itu, Noor Firdaus berkata, keluargany­a sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Kedah dan kini permohonan itu kini sedang diproses.

“Masa semakin untuk tetapi saya dan emak cuba berikhtiar dengan cara lain hari ini iaitu ke bank untuk memohon bantuan pinjaman tetapi agak sukar kerana perlu menunggu tempoh kelulusan yang mungkin mengambil masa.

“Selain itu, kami juga ke Baitulmal untuk memohon bantuan dan diharap permohonan diluluskan,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun Public Bank bernombor 6914286129 atas nama Noor Firdaus Abdul Rahim atau menghubung­inya di talian 017-5473446.

“Saya sanggup ganti tempatnya itu kerana tidak mahu melihatnya terus derita Rosmini

 ??  ?? NUR Alyah kini tidak dapat bergerak dan terpaksa menggunaka­n kerusi roda.
NUR Alyah kini tidak dapat bergerak dan terpaksa menggunaka­n kerusi roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia