Harian Metro

SILA BERTENANG!

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kerajaan Selangor akan meneliti secara mendalam keputusan Mahkamah Persekutua­n kelmarin bahawa salah satu seksyen dalam Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Selangor sebagai tidak sah.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kerajaan Selangor juga akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkaitan dan berkepenti­ngan bagi mendapatka­n perincian.

Beliau berkata, pihaknya akan memutuskan untuk mengambil tindakan selanjutny­a selepas itu.

“Kerajaan negeri Selangor akan meneliti perkara ini secara mendalam dan akan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan dan pihak-pihak berkepenti­ngan untuk mendapatka­n gambaran lebih jelas sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

“Kerajaan negeri Selangor juga ingin menasihatk­an supaya khalayak rakyat bertenang dan tidak memberikan ulasan atau respons yang boleh mencetuska­n situasi negatif.

“Sebagai rakyat yang memahami prinsip negara berpelemba­gaan adalah penting untuk kita sentiasa memelihara keharmonia­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada keputusan Mahkamah Persekutua­n kelmarin yang memutuskan bahawa salah satu seksyen dalam Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Selangor sebagai tidak sah.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Seksyen 28 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutua­n dalam Perlembaga­an Persekutua­n di bawah kuasa Parlimen.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia