Harian Metro

Penjelasan HTA

-

Caj maksimum bagi kemasukan pesakit kelas tiga ke hospital kerajaan tidak akan melebihi RM500.

Pengarah Hospital Tunku Azizah (HTA), Dr Shamsul Anuar Kamarudin berkata, caj berkenaan juga tertakluk di bawah peruntukan Akta Fi (Perubatan) 1951, perenggan 17.

“Caj maksimum itu termasuk semua jenis prosedur pembedahan, ubatan dan rawatan diberikan kepada pesakit yang mendapatka­n rawatan di semua fasiliti Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk HTA,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau merujuk laporan disiarkan Harian Metro, semalam mengenai bayi lelaki Muhammad Umar berusia enam bulan yang menerima rawatan di HTA sejak 15 Februari lalu.

Mengulas lanjut, katanya, pesakit itu dirujuk dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor ke HTA akibat masalah kesihatan kebergantu­ngan kepada oksigen.

“Pesakit dimasukkan ke wad biasa dan keadaannya stabil. Pesakit dijadualka­n jalani pembedahan dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia