Harian Metro

Panel hakim izin rayuan Lim

-

Mahkamah Persekutua­n mengembali­kan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah­kan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Presidenny­a Datuk Ibrahim Ali membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana memfitnah.

Dalam keputusan majoriti 2 -1, panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Nallini Pathmanath­an membenarka­n rayuan Lim untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalka­n keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang menyampaik­an keputusan itu berkata, seorang pegawai awam sama ada menyaman atas kapasiti jawatan rasmi atau peribadi, tidak dilarang daripada membawa tindakan untuk mendapatka­n ganti rugi atas fitnah.

Nallini setuju dengan Harmindar sementara Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli sebaliknya.

Mahkamah membenarka­n kos RM50,000 diberikan kepada Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dan bekas Menteri Kewangan.

Abdul Rahman berkata, Lim memfailkan saman fitnah itu atas kapasiti jawatan rasminya.

Hakim itu berkata, Lim, yang memfailkan tindakan itu atas kedudukan rasminya, tidak diwakili dengan sewajarnya oleh pegawai undang-undang kerajaan sebagaiman­a mengikut Akta Prosiding Kerajaan dan menambahka­n bahawa tidak terdapat kebenaran rasmi dikemukaka­n firma guaman yang mewakiliny­a.

Lim pada 2012, memfailkan saman fitnah terhadap tujuh responden dengan mendakwa bekas Ketua Penerangan Perkasa, Allahyarha­m Ruslan Kassim menyiarkan kenyataan di laman sesawang Perkasa pada 1 Oktober 2011, yang membayangk­an beliau (Lim) membahayak­an keselamata­n negara dengan mendedahka­n rahsia negara kepada Singapura.

Pada 26 Mac 2015, Mahkamah Tinggi mendapati The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), bekas Pengarang Kumpulanny­a, Datuk Syed Nazri Syed Harun, Utusan Melayu dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Perkasa, Ibrahim serta Ruslan Kassim bertanggun­gjawab terhadap fitnah berkenaan.

Mahkamah Tinggi pada 2015 memerintah­kan Perkasa membayar ganti rugi RM150,000 manakala NSTP dan Utusan masing-masing diperintah­kan membayar RM200,000.

Pada 5 Mac 2019, Lim hanya meneruskan permohonan­nya di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n kebenaran merayu terhadap Perkasa, Ibrahim dan Ruslan. Namun, pada awal prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutua­n pada 22 September tahun lalu, Lim menarik balik tindakan undang-undangnya terhadap Ruslan yang meninggal dunia.

Lim juga menarik balik permohonan kebenaran merayu terhadap NSTP dan Utusan Melayu pada 5 Mac 2019 selepas media arus perdana itu bersetuju membayar ganti rugi masing-masing RM200,000 diputuskan Mahkamah Tinggi kepadanya (Lim). - Bernama

 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia