Harian Metro

KEKAL DITAHAN DI BAWAH POCA

Mahkamah tolak permohonan enam warga China

-

Enam lelaki warganegar­a China yang ditahan kerana didakwa terlibat dalam Macau Scam dan sindiket perjudian dalam talian akan kekal dalam tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid semalam yang menolak permohonan mereka terhadap perintah tahanan awal selama 59 hari di bawah Seksyen 4(2)(a) Poca.

Enam lelaki warga China itu ialah Jiang Xiang, Wang Jun Cheng, Li Jiang, Luo Hong Bin, Lei Meng dan Yu Xiang Yu yang ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Azhar membuat keputusan itu selepas membenarka­n bantahan awal responden iaitu Inspektor Wayandiana Abdullah yang sedang menyiasat kes itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan.

“Saya dapati perintah tahanan di bawah Seksyen 4(2)(a) Akta Pencegahan Jenayah telah menjadi akademik memandangk­an pemohon sudah ditahan selama enam bulan di bawah Seksyen 19A(1) akta sama.

“Mereka kini ditahan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) di Simpang Renggam, Johor dan Bentong, Pahang. Oleh itu, bantahan awal responden dibenarkan dan permohonan writ habeas corpus ditolak,” kata Azhar.

Azhar berkata, selepas meneliti dan mempertimb­angkan penghujaha­n yang dibangkitk­an oleh kedua-dua pihak, beliau mendapati Poca juga terpakai kepada bukan warganegar­a.

“Alasan penuh penghakima­n akan siap menjelang minggu depan,” katanya.

Keenam-enam lelaki itu ditahan pihak polis pada Oktober tahun lepas dan direman selama 59 hari bermula 23 Nov 2020.

Peguam Gobind Singh Deo dan Jacky Loi yang mewakili pemohon berkata mereka akan mengemukak­an rayuan terhadap keputusan itu.

Dalam permohonan yang difailkan secara berasingan, mereka memohon perintah bahawa penangkapa­n dan penahanan mereka di bawah akta itu tidak mempunyai asas, tidak mematuhi prosedur dan mala fide.

Mereka juga memohon perintah bahawa penahanan mereka tidak termasuk dalam skop akta dan bahawa perbuatan itu tidak terpakai kepada mereka.

“Permohonan writ habeas corpus ditolak Azhar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia