Harian Metro

Tukang cat tak mengaku bunuh adik

-

Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas pertuduhan membunuh adik perempuann­ya, tahun lepas.

Lim Poo Teck, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Lelaki itu didakwa membunuh Lim Poh Ling, 38, di sebuah rumah di Jinjang Utara di sini antara

6.30 petang dan 7 malam, 21 Januari 2020.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia