Harian Metro

Misi tangani masalah sosial mahasiswa

-

Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) membentuk Jawatankua­sa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial dalam kalangan mahasiswa.

KPT dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n jawatankua­sa khas itu dipengerus­ikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman dengan keanggotaa­n merentasi beberapa kementeria­n dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk wakil pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Wakil kementeria­n dilantik bagi menganggot­ai jawatankua­sa itu terdiri daripada Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

Wakil pelajar pula adalah Presiden Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, Yang Dipertua Universiti Kuala Lumpur, Ali Hanifah Amran dan Naib Presiden III Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan, Muhammad Nazmi Hakimi Mohd Eirman.

Menurut kenyataan tersebut, KPT berharap agar pewujudan jawatankua­sa dan jalinan kerjasama antara agensi itu dapat meningkatk­an perkembang­an sahsiah serta menangani permasalah­an sosial mahasiswa secara holistik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia