Harian Metro

Rezeki kreativiti Pak Cik Dinasour

-

Kebiasaann­ya tayar yang sudah tidak elok akan terus dibuang atau disimpan namun berbeza bagi fasilitato­r, Zazali Iberahim yang menjadikan tayar terpakai itu sebagai sumber pendapatan­nya sejak setahun lalu.

Bukan untuk kegunaan motosikal atau diubah suai menjadi landskap halaman rumah, sebaliknya berbekalka­n kreativiti­nya, tayar terpakai berkenaan direka bentuk sebagai arca menjadi pelbagai objek menarik termasuk koleksi haiwan di kediamanny­a di Senawang dekat sini.

Menurut Zazali, 58, atau lebih mesra dipanggil Pak Cik Dinasour oleh kanak-kanak di situ, dia mendapatka­n bekalan tayar motosikal atau kereta itu secara percuma di kedai tayar di sekitar Senawang.

“Saya terpaksa berhenti kerja selepas kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu, jadi saya perlu cari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan saya, kebetulan saya lihat banyak tayar terpakai, ia memberi ilham kepada saya untuk menghasilk­an arca.

“Hingga kini saya sudah menghasilk­an lebih 50 arca yang kebanyakan­nya dibeli penduduk sekitar termasuk peniaga yang mahu meletakkan arca sebagai hiasan di premis mereka,” katanya.

 ??  ?? ZAZALI menyiapkan arca burung helang yang dihasilkan daripada tayar terbuang.
ZAZALI menyiapkan arca burung helang yang dihasilkan daripada tayar terbuang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia