Harian Metro

Cabaran padam api seluas lima ekar hutan tanah gambut

-

Bertungkus-lumus memadamkan kebakaran api bawah tanah. Itu cabaran besar dihadapi anggota bomba susulan kebakaran besar lebih lima ekar hutan tanah gambut di Bandar Nusaputra di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, 47 anggota terbabit membantu memadam kebakaran sejak jam 3.15 petang kelmarin.

Dia berkata, anggota bomba yang diarah melakukan tugas itu membabitka­n Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, BBP Teluk Panglima Garang, BBP Bangi, BBP Putrajaya, BBP Lapangan Terbang

Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) serta BBP Petaling Jaya. Katanya, bantuan turut membabitka­n anggota logistik Bomba dan Penyelamat Selangor, Unit Udara Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Pengurusan Bencana Negeri serta orang awam. “Setakat semalam (kelmarin) bomba bertungkus-lumus memadamkan dua setengah ekar kawasan kebakaran manakala bakinya diteruskan semalam.

“Anggota menggunaka­n sumber air terbuka dan tangki air bomba bagi memadam kebakaran.

“Kerja memadam kebakaran masih dilakukan dan dilaporkan tidak merebak ke kawasan lain,” katanya.

47 anggota bantu padam kebakaran lima ekar hutan tanah gambut

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal kebakaran hutan tanah gambut di Bandar Nusaputra.
ANGGOTA bomba mengawal kebakaran hutan tanah gambut di Bandar Nusaputra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia