Harian Metro

‘SAYA GURAU JE’

Azhan nafi tulisan pemilik blog dia dikejar bank kerana hutang

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

“Saya hanya bergurau. Hidup saya tidaklah teruk sangat sampai tak mampu nak melunaskan komitmen hutang di bank,” kata pelakon Azhan Rani, 45, yang kecewa apabila hantaran berbaur gurauan di Instagram diambil beberapa penulis blog dan dijadikan kandungan berita di platform mereka.

Azhan sebelum itu memuat naik hantaran di mana bahawa dia menerima banyak panggilan daripada bank apabila terlambat menjelaska­n komitmen bulanannya.

“Minggu ni ramai awek bank call. Sedapnya suara. Harap lain kali diorang call ajak dating la. Rindu betul diorang kalau abang lambat bayar komitmen kali ni. 2021 ni pula belum ada income lagi sebab ikut arahan negara. Sabar ye sayang, jap nak check duit pusaka dari Hong Kong yang dah bersawang tu ada lagi tak. Ada balance nanti kita dating kat rooftop KLCC ye, kita dua je,” tulisnya.

Azhan ketika dihubungi mengakui memang ada menerima panggilan dari bank sebagai peringatan untuk menjelaska­n pinjaman, tapi tidaklah sampai diburu sebagaiman­a yang ditulis penulis blog itu.

“Saya tak sangka mereka (penulis blog) akan guna dengan tajuk yang jauh menyimpang. Kononnya saya dikejar bank kerana tak bayar hutang.

“Saya kesal juga dengan salah faham yang berlaku. Saya dapati memang kebanyakan portal-portal ini sekarang berlumba-lumba cari content dari Instagram atau media sosial orang lain tanpa kebenaran.

“Mereka tak hubungi saya dan terus siarkan gambar dan petik cerita yang bukan-bukan untuk sensasikan­nya,” katanya kepada Harian Metro.

Azhan berkata, perkara itu sukar nak kawal dan sebagai pemilik akaun Instagram, dia kini mengguna pendekatan menyekat mana-mana individu yang dirasakan perlu. Bagaimanap­un, dia sangat berterima kasih dengan media arus perdana dan portal sahih yang disifatkan­nya ada etika dalam menulis berita.

“Saya seorang yang tiada masalah untuk bekerjasam­a. Jadi, dapatkan dulu kepastian daripada saya sebagai pemilik akaun dan kemudian paparkanla­h. Ini main ambil sahaja dan letak tajuk bukan-bukan. “Saya melihat apa yang dilakukan kebanyakan portal-portal ini memang tidak sihat. Justeru, saya tak pasti ada undang-undang atau tindakan pihak berwajib dalam hal ini kerana dari sehari ke sehari makin menjadi-jadi,” katanya.

 ??  ?? AZHAN
AZHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia