Harian Metro

Hajat Lisdawati

-

Pelakon Lisdawati memasang impian untuk bersanding kali kedua dengan suaminya juga pelakon, Fauzi Nawawi.

Lisdawati berkata, keinginan itu timbul selepas melihat anak-anak yang berkahwin dalam keadaan menutup aurat.

“Bahagialah mereka yang bernikah dan bersanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya. Kecewa sebab semua itu hanya memori tak boleh tayang lagi.

“Sebenarnya, kapsyen pada hantaran di Instagram dengan mengajak Abang Poji (suami) bersanding semula adalah bergurau saja. Dia tahu pun selepas saya beritahu, tapi dia cakap buat masa sekarang biarlah fokus pada anak-anak.

“Dulu masa berkahwin saya tidak menutup aurat lagi. Berbeza dengan kebanyakan orang sekarang termasuk anak-anak kami, mereka menutup aurat. Jadi, gambar pun cantik saja. Itu yang saya fikir kalau dapat bersanding semula, dapatlah juga gambar elok-elok,” katanya kepada Harian Metro.

 ??  ?? LISDAWATI bersama suaminya, Fauzi.
LISDAWATI bersama suaminya, Fauzi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia