Harian Metro

PENJENAYAH ALAM SEKITAR DIDENDA

Kilang kitar semula plastik terpakai tanpa kelulusan EIA dihukum

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Sebuah kilang kitar semula plastik terpakai di Banting, Selangor, didenda RM120,000 di Mahkamah Sesyen Sepang semalam, kerana menjalanka­n aktiviti kitar semula plastik terpakai tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (Jas) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam satu kenyataan memaklumka­n denda berkenaan dikenakan Hakim Tengku Shahnizam Tuan Lah terhadap syarikat dan juga pengarah syarikat selaku orang kena saman (OKS) yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Katanya, syarikat dan pengarahny­a didakwa dengan lapan pertuduhan masing-masing empat pertuduhan untuk syarikat dan empat lagi terhadap pengarahny­a.

“Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua OKS didakwa menjalanka­n aktiviti kitar semula plastik terpakai tanpa kelulusan Laporan EIA seperti diperuntuk­kan mengikut Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, syarikat serta pengarahny­a didakwa gagal mengemukak­an pemberitah­uan bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai punca pengeluara­n efluen perindustr­ian dan pencemaran udara seperti dikehendak­i mengikut Peraturan 4(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustr­ian) 2009 dan Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

“Bagi pertuduhan keempat pula, kedua-dua OKS didakwa gagal memasang alat kawalan pencemaran udara mengikut spesifikas­i yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah,” katanya.

Beliau berkata, mengikut semua pertuduhan itu, kedua-dua OKS didakwa melakukan perbuatan itu pada 4 Oktober 2018.

Jelasnya, JAS Selangor akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia