Harian Metro

221 mesin lombong bitcoin dirampas

-

Polis merampas 221 mesin melombong bitcoin dan pelbagai barangan lain bernilai RM500,000 hasil serbuan di empat premis di sekitar Tapah, dekat sini, kelmarin.

Serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daerah Batang Padang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalath­rash Wahid bagaimanap­un berkata, tiada individu ditahan kerana ketika serbuan, tiada sesiapa di lokasi terbabit.

“Kami masih mengesan pemilik premis serta suspek yang terbabit dalam kes ini.

“Serbuan dijalankan bagi membantera­s kegiatan mencuri arus elektrik tanpa sambungan bacaan meter sehingga menyebabka­n TNB kerugian besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia