Harian Metro

PERUNTUK RM2.43B

KWSP lancar pelaburan patuh syariah pertama, terbesar di dunia

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarka­n dana Akaun Terurus Berasingan (SMA) Pelaburan Langsung/Pelaburan bersama Ekuiti Persendiri­an (PE) patuh syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan sebanyak AS$600 juta (RM2.43 bilion).

Menerusi peruntukan itu, KWSP menubuhkan tiga dana SMA bernilai AS$200 juta (RM1.22 bilion) setiap satu yang akan dikendalik­an oleh tiga Pengurus Dana Ekuiti Persendiri­an iaitu BlackRock, HarbourVes­t Partners LLC dan Partners Group AG.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, pihaknya gembira menjadi pelabur institusi pertama yang mewujudkan dana pelaburan langsung/pelaburan bersama ekuiti persendiri­an patuh syariah dan ia adalah yang terbesar di dunia dengan mandat pelaburan global.

“Usaha ini bermula pada 2018 untuk mempelbaga­ikan portfolio pelaburan demi memastikan bahawa kami dapat memberikan pulangan pelaburan yang mampan kepada ahli.

“KWSP yakin dengan ketiga-tiga Pengurus Dana terbabit untuk melaksanak­an aktiviti pelaburan langsung dan pelaburan bersama kerana mereka berpengala­man luas dalam mengendali­kan pelaburan ekuiti persendiri­an dan mempunyai pendedahan dalam menguruska­n mandat patuh syariah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, bahagian pelaburan ekuiti persendiri­an KWSP mempunyai pendedahan terhadap pelaburan di peringkat global, dengan strategi yang meliputi pertumbuha­n, pembelian, permodalan pasaran sederhana dan permodalan pasaran besar, ke dalam 106 pelaburan aktif dengan komitmen keseluruha­n sebanyak AS$12.05 bilion (RM 48.81 bilion).

Tempoh pelaburan bagi dana SMA adalah dari 2021 hingga 2025 sementara tempoh hayat dana akan berlangsun­g dari 2021 hingga 2031 tertakluk kepada tempoh lanjutan seterusnya dengan persetujua­n KWSP.

Setakat suku kedua 2020, Amerika Utara (42 peratus), Eropah (21 peratus) dan China (12 peratus) adalah tiga pecahan geografi terbesar di mana KWSP melabur di bawah mandat ekuiti persendiri­an.

Dana SMA ini melantik Amanie Advisors Ltd, Dubai dan ZICO Shariah Advisory Services Sdn Bhd sebagai penasihat syariah untuk memastikan agar semua pelaburan yang dilakukan adalah patuh syariah.

Dana SMA ini juga dibentuk berdasarka­n struktur wakalah atau gabungan struktur wakalah dan murabahah mengikut garis panduan pelaburan syariah.

‘ KWSP yakin dengan ketiga-tiga Pengurus Dana terbabit untuk melaksanak­an aktiviti pelaburan langsung dan pelaburan bersama, kerana mereka berpengala­man luas dalam mengendali­kan pelaburan ekuiti persendiri­an dan telah mempunyai pendedahan dalam menguruska­n mandat patuh syariah”

Alizakri Alias

 ??  ?? TEMPOH pelaburan bagi dana SMA adalah dari 2021 hingga 2025.
TEMPOH pelaburan bagi dana SMA adalah dari 2021 hingga 2025.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia