Harian Metro

Petronas rugi RM21 bilion

-

Petronas mencatatka­n kerugian bersih RM21 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding untung bersih RM40.5 bilion tahun sebelumnya.

Namun, jika tidak mengambil kira rosot nilai, syarikat minyak dan gas nasional itu mencatatka­n untung bersih RM10.5 bilion bagi tahun kewangan 2020 berkuranga­n 78 peratus berbanding RM48.8 bilion tahun sebelumnya.

Ia juga mencatatka­n pendapatan yang rendah berjumlah RM178.7 bilion berbanding RM240.3 bilion tahun sebelumnya dengan sebahagian besarnya berikutan kesan penurunan mendadak harga minyak mentah, yang mana memperliha­tkan harga realisasi yang lebih rendah untuk semua produk.

Ia ditambah lagi dengan gangguan permintaan yang menyebabka­n jumlah penjualan yang lebih rendah daripada gas diproses, produk petroleum dan gas asli cecair (LNG).

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2020, Petronas mencatatka­n untung bersih sebelum rosot nilai RM200 juta berbanding RM9.4 bilion dalam suku sama tahun sebelumnya berikutan pendapatan yang rendah dan perbelanja­an bersih lain yang tinggi.

Pada suku itu, rosot nilai terhadap aset berjumlah RM1.3 bilion, sekali gus menjadikan kerugian bersih RM1.1 bilion berbanding keuntungan bersih RM4.1 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

Menjelaska­n perkara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik berkata, tahun 2020 terbukti menjadi tahun yang luar biasa dengan impak pandemik Covid-19 dan kegagalan pakatan anggota OPEC dan sekutunya untuk membuat kesimpulan tepat mengenai kesepakata­n pengeluara­n minyak dan ketidaksei­mbangan pasaran tenaga.

Perkara itu berterusan memberi kesan besar kepada tenaga global permintaan dan harga minyak.

Tengku Muhammad Taufik berkata, walaupun menghadapi persekitar­an mencabar itu, syarikat minyak dan gas nasional itu bertindak pantas dengan melaksanak­an usaha penguranga­n risiko untuk ia terus kekal berdaya tahan.

Katanya, Petronas kekal fokus terhadap kecekapan operasi, kecemerlan­gan komersial dan disiplin fiskal merentasi semua rantaian nilainya.

“Petronas sudah berdepan tempoh paling mencabar dalam sejarah kumpulan. Menuju ke depan, kami menjangkak­an industri minyak dan gas masih akan dipengaruh­i oleh ketidakpas­tian dan kami akan terus kekal berhati-hati,” katanya pada sidang media secara maya mengumumka­n keputusan kewangan suku keempat dan keseluruha­n tahun kewangan 2020, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Petronas, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha.

‘ Petronas sudah berdepan tempoh paling mencabar dalam sejarah kumpulan. Menuju ke depan, kami menjangkak­an industri minyak dan gas masih akan dipengaruh­i oleh ketidakpas­tian dan kami akan terus kekal berhati-hati”

Tengku Muhammad Taufik

 ??  ?? TENGKU Muhammad Taufik
TENGKU Muhammad Taufik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia