Harian Metro

Remaja ‘malas’ dakwa diculik

-

Beri alasan diculik kerana tidak mahu bekerja.

Helah itu dibuat seorang remaja lelaki di Arizona di Amerika Syarikat yang ditemui dengan keadaan tangannya terikat.

Brandon Soules, 19, ditemui di Coolidge, terletak kira-kira 89 kilometer dari sini, lapor The New York Times.

Ketika disiasat, Soules memaklumka­n kepada polis yang dia diculik dua lelaki bertopeng.

Namun siasatan polis mendapati remaja itu hanya mereka-reka cerita kononnya dia diculik.

Menurut laporan media, seorang pejalan kaki menemui remaja itu dan menghubung­i polis

Ia menyebabka­n Soules menyangka rancangann­ya itu berjaya.

“Dia memberitah­u bahawa dia dipukul di kepala dan ‘disumbat’ ke dalam kereta di depan rumahnya, kira-kira jam 7 pagi.

“Bagaimanap­un, menerusi rakaman video di depan rumahnya, perkara seperti itu tidak berlaku,” kata jurucakap polis.

Soules menjelaska­n penculikan itu ada kaitan dengan sejumlah besar wang yang disembunyi­kan ayahnya di satu tempat sekitar bandar.

Polis berkata, siasatan mendapati cerita dan bukti pesanan teks didakwa lelaki itu rekaan semata-mata.

 ??  ?? SOULES mereka cerita kononnya diculik.
SOULES mereka cerita kononnya diculik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia