Harian Metro

Lelaki ditahan guna wang silap masuk akaun

-

Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas menggunaka­n wang yang tersilap dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Media tempatan melaporkan lelaki berkenaan bertindak sedemikian selepas menyangka wang itu adalah komisen daripada hasil jualan kereta.

Namun, dana berjumlah 51 juta rupiah (kira-kira RM14,630) itu sebenarnya bukan miliknya.

Sebaliknya, pihak bank tersilap dengan memasukkan wang itu ke dalam akaunnya.

Tribunenew­s melaporkan Ardi Pratama, 29, dari Surabaya langsung tidak menyangka dia akan ditahan polis selepas wang itu dimasukkan secara salah ke dalam akaun Bank Central Asia (BCA) miliknya, pada 17 Mac tahun lalu.

Pada mulanya, dia menyangkak­an ia komisen hasil jualan kereta mewah selepas dia berjaya menjual kenderaan itu.

“Duit itu digunakan abang saya dan dipindahka­n kepada ibu saya untuk membayar hutang. Nilainya sekitar 30 juta rupiah (RM8,610),” kata adiknya Tio Budi Satrio.

Ardi memberitah­u pegawai bank dia sudah pun menggunaka­n wang itu dan berjanji akan menggantik­annya secara ansuran.

BCA memaklumka­n wang itu dipindahka­n ke akaun Ardi bernombor 829089620, sedangkan sepatutnya ia dimasukkan ke akaun bernombor 829089626 milik seseorang bernama Philip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia