Harian Metro

Jual anak buka kedai arak

-

Jual anak untuk buka kedai arak.

Sorang ibu di Nigeria sanggup menjual bayinya berusia empat bulan untuk mendapatka­n modal bagi membuka perniagaan minuman keras.

Sahara Reporters melaporkan wanita berusia 32 tahun itu mengaku menjual bayi dengan memberi alasan dia tidak yakin siapa bapa kepada anaknya itu.

Dia ingin menjual bayinya itu dengan harga 40,000 Naira (kira-kira RM425).

Menceritak­an kisahnya, wanita itu mendakwa sebelum ini terpaksa menawarkan khidmat seks kerana desakan hidup.

Malah, dia mengakui menawarkan ‘perkhidmat­annya’ itu tanpa memakai alat pencegah kehamilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia