Harian Metro

BALIK GUNA TROLI TOLAK

Diplomat Rusia lapan sekeluarga keluar Korea Utara guna ‘kereta api’ gerak tenaga sendiri

-

Sekumpulan diplomat Rusia bersama keluarga mereka meninggalk­an Korea Utara dengan cara luar biasa apabila terpaksa menaiki troli digerakkan dengan tenaga manusia, di landasan kereta api.

Kumpulan terdiri daripada lapan orang itu menaiki troli berkenaan dan menggunaka­n landasan kereta api sejauh satu kilometer untuk sampai di sempadan Rusia, lapor BBC News.

Korea Utara menyekat kemasukan sebahagian besar kenderaan penumpang ke negara itu bertujuan mengawal penularan Covid-19.

Sejak tahun lalu, kereta api dilarang untuk masuk atau keluar dari negara itu.

Selain itu, pengangkut­an udara diarah untuk tidak beroperasi.

Perkara itu menyebabka­n kumpulan diplomat Rusia berkenaan tidak mempunyai banyak pilihan untuk pulang ke negara asal. “Oleh kerana sempadan ditutup lebih setahun lalu, mereka tidak mempunyai pilihan selain menempuh perjalanan sukar untuk pulang,” kata Kementeria­n Luar Negeri Rusia menerusi Facebook. Gambar yang dikongsi di status berkenaan menunjukka­n kumpulan berkenaan membawa beg pakaian menggunaka­n troli dengan berlatarka­n pemandanga­n musim sejuk.

Setiausaha Ketiga kedutaan, Vladislav Sorokin menjadi tenaga ‘penggerak’ supaya troli itu dapat menyeberan­gi jambatan di Sungai Tumen ke Rusia.

Ia memandangk­an pergerakan troli itu menggunaka­n tenaga manusia.

Sebelum menaiki troli itu, mereka sudah menempuh perjalanan selama 32 jam dengan kereta api dan menaiki bas selama dua jam, dari Pyongyang untuk sampai ke sempadan Rusia.

Pegawai kementeria­n menyambut mereka di sebuah stesen di Rusia sebelum kumpulan itu menaiki bas untuk ke lapangan terbang Vladivosto­k.

Sejak penularan Covid-19, Pyongyang memperketa­t kawalan pergerakan menyebabka­n ramai diplomat asing meninggalk­an negara berkenaan dan menutup kedutaan.

 ??  ?? KUMPULAN diplomat dan ahli keluarga ketika menaiki troli berkenaan.
KUMPULAN diplomat dan ahli keluarga ketika menaiki troli berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia