Harian Metro

Lelaki diarah bayar bekas isteri upah kerja rumah

-

Mahkamah di Beijing memerintah­kan seorang lelaki membayar ganti rugi kepada bekas isterinya untuk kerja rumah yang dilakukan sepanjang perkahwina­n mereka.

Wanita itu akan menerima 50,000 Yuan (kira-kira RM30,300) sebagai bayaran kerja tanpa gaji selama lima tahun.

BBC News melaporkan kes itu menjadi perdebatan hangat di media sosial mengenai nilai rumah tangga dengan ada yang berpendapa­t jumlah itu terlalu sedikit.

Keputusan itu dibuat selepas China memperkena­lkan undang-undang baharu.

Mengikut rekod mahkamah, lelaki yang dikenali dengan nama Chen memfailkan kes perceraian terhadap isterinya, Wang.

Mereka berkahwin pada 2015.

Pada awalnya, isterinya tidak bersetuju, tetapi dia kemudian mengemukak­an tuntutan pampasan atas alasan Chen tidak pernah melakukan kerja rumah dan mengabaika­n tanggungja­wab kepada anak-anak.

Mahkamah Daerah Fangshan memerintah­kan lelaki itu membayar ansuran bulanan sebanyak 2,000 Yuan (kira-kira RM1,521) sebulan.

Selain itu, dia juga diarahkan membayar RM30,300 untuk kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh bekas isterinya.

Hakim memberitah­u media pada Isnin bahawa pembahagia­n harta biasanya membabitka­n hartanah.

“Tetapi kerja rumah adalah nilai harta yang tidak ketara,” katanya.

Keputusan itu dibuat dengan kod sivil baru yang mula berkuat kuasa tahun lalu.

Di bawah undang-undang itu, seseorang berhak mendapat pampasan dalam perceraian.

Ia sekiranya satu pihak merasakan lebih bertanggun­gjawab untuk membesarka­n anak-anak, menjaga saudara-mara yang sudah tua dan membantu pasangan dalam pekerjaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia