Harian Metro

BUKAN NIAT MENUNJUK

Reen Rahim sudah perjelas isu video berpakaian tidak sesuai di laman soial

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Tak pernah kisah sama ada popular atau tidak dalam kalangan peminat sepanjang berada di dalam industri seni.

Itulah pendirian Reen Rahim, 33, sepanjang lapan tahun bergelar pelakon.

Reen mengakui, isu berpakaian tidak sesuai ketika sedang mengaji al-Quran dengan ibunya baru-baru ini bukan sesuatu yang disengajak­an serta untuk meraih perhatian.

“Itu memang kejadian tak sengaja dan tak boleh disengajak­an pun. Benda itu bukan main-main kerana membabitka­n kitab suci al-Quran.

Saya kini terbabit dengan drama 26 episod berjudul Hantu Van Sewa untuk Ohsem TV, manakala drama Kisah Mr Cinderella sedang ditayangka­n di TV Okey

REEN RAHIM

“Saya pun dah terangkan semuanya menerusi program Melodi baru-baru ini dan minta maaf kepada semua. Perkara itu pun dah selesai,”katanya.

Reen yang dikenali kerana keberanian berpakaian seksi berkata, ada juga pihak yang menganggap ini penampilan baharunya dan dia menyanggah kenyataan terbabit.

“Sebenarnya saya memang begitu. Saya sebenarnya ada banyak sisi iaitu sebagai Reen Rahim, sebagai pelakon, sebagai anak perempuan, sebagai mami iaitu ibu saudara kepada beberapa anak buah dan sebagai adik perempuan.

“Semuanya adalah sisi yang berbeza. Saya ada Instagram peribadi yang memang khas untuk keluarga dan kawankawan yang betul-betul faham sisi sebenar saya.

“Segala perkara dan peristiwa yang berlaku saya muat naik di situ. Ia hanya untuk orang tertentu kerana bagi saya Instagram ini agak comot. Namun, selepas itu saya muatkan gambar-gambar berkualiti,” katanya.

Namun, ketika

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an semula baru-baru ini, Reen terdetik untuk berkongsi sisinya ketika bersama keluarga pula.

“Sebenarnya saya jarang sangat muat naik gambar atau video bersama keluarga di Instagram. Kalau ada sikit-sikit pun hanya di YouTube.

“Tapi apabila ummi (emak) saya bahasakan saya ketika mengaji barubaru, saya jadi tertarik untuk kongsi kerana sikap 'langsi'nya.

“Kata-katanya iaitu saya kalau mengaji berbunyi begini, tapi kalaukarao­kebukan main lagi. Ia sebenarnya mencuit hati. Saya bukan nak tunjuk yang saya mengaji tapi hanya nak tunjuk betapa comelnya ummi dengan dialog ini,” katanya.

Menurutnya bermula daripada kiriman itu, dia mendapat banyak maklum balas positif peminat.

“Ada yang DM saya ucap terima kasih kerana video itu buat mereka lebih rapat dengan keluarga. Mereka jadi rindu dengan emak di kampung. Malah, merekakata­akansentia­sa berhubung dengan ibu bapa walaupun jauh masa PKP. Ada yang terus buat panggilan video selepas tengokpapa­ransaya.

“Saya ada terfikir, kalaunakbu­atbaiktak naklah orang tahu kerana tak mahu mereka menilai saya. Biarlah orang nak kata apa pun. Saya lebih suka jadi misteri,” katanya.

Disebabkan apa dilakukan bawa kesan positif, Reen mahu berkongsi lagi beberapa videonya dengan keluarga dan anak-anak buah.

“Ia bukan benda baru dan bukannya saya berubah. Saya tetap sebagai Reen Rahim yang suka kenakan pakaian ikut cita rasa sendiri.

“Sebenarnya tiada sesiapa boleh menilai orang lain dengan hanya melihatnya berpakaian. Kadangkala ada individu yang nampak sopan pun perangainy­a lebih teruk lagi. Syukurlah pengikut saya menilai bukan dari luaran,” katanya.

Selain berlakon Reen juga mendedahka­n akan terbabit memasarkan produk sendiri tidak lama lagi.

“Ummi yang 'push' saya untuk berniaga. Dia ada pengalaman dalam bidang kecantikan dan pernah memiliki spa sebelum ini. Sebelum ini pun ummi dah desak tapi saya belum terbuka lagi hati untuk berniaga.

“Namun saya takut kerana itu bukan bidang saya. Akhirnya mungkin hikmah PKP ini, saya aktif di Instagram dan tengok 'influencer' yang berjaya dan positif,” katanya.

Bermula dari situ,

Reen akhirnya bersetuju untuk mengikut kehendak ibunya dan bakal mengeluark­an produk sendiri.

“Buat masa ini biarlah saya rahsiakan dulu produknya. Ia menggunaka­n formula dan ramuan daripada ummi sewaktu menjaga saya dulu. Kami berjaya cari tempat yang boleh formulakan produk ini hingga jadi menarik,” katanya.

Bercerita mengenai kerjayanya, pelakon filem Syif Malam Raya ini bersyukur kerana rezekinya sentiasa ada.

“Saya kini terbabit dengan drama 26 episod berjudul Hantu Van

Sewa untuk Ohsem TV, manakaladr­ama

Kisah Mr Cinderella sedang ditayangka­n di TV Okey.

“Saya juga akan muncul dengan drama Mak Abang Nak Kahwin terbitan Skop Production­s. Filem yang akan datang ialah Sue

On, Hantu Korea Sesat Di Taiping.

“Lakonan adalah cinta sayadansay­atakpernah rasa bosan dengan setiap rezeki dan tanggungja­wab yang datang,” katanya.

Menurutnya, sama ada ringan atau berat, itu satu tanggungja­wab yang perlu dipikul.

“Saya juga suka buat benda yang baru. Paling terbaru, saya cabar diri buat pengacaraa­n dan alhamdulil­lah sudah siap. Tawaran berlakon pun masih sama. Mungkin saya tak popular dan tak banyak drama keluar waktu puncak, tapi syukur rezeki masih ada,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? REEN mengakui kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
REEN mengakui kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
 ??  ?? BAKAL tampil dalam filem kedua terbitan Datuk Awie.
BAKAL tampil dalam filem kedua terbitan Datuk Awie.
 ??  ?? BERSYUKUR masih dikurniaka­n rezeki dalam lakonan.
BERSYUKUR masih dikurniaka­n rezeki dalam lakonan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia