Harian Metro

PANDUAN HIAS BILIK TIDUR

Pilih warna, jenis perabot sesuai agar kamar kecil kelihatan lebih kemas dan selesa

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Selepas seharian sibuk dengan urusan kerja pastinya anda mahu berehat di kamar tidur yang selesa dan menenangka­n.

Faktor ruang yang terhad bagaimanap­un bukan lagi kekangan untuk mendapatka­n bilik tidur impian.

Ini kerana, jika pandai menghias dan menyusun atur kedudukan perabot, ruang yang sempit pasti tampak lebih luas.

Bagi yang ingin menghias bilik tidur bersaiz kecil, berikut adalah beberapa panduannya:

1) Pemilihan warna

Untuk memberi impak yang lebih luas, warnakan dinding dengan rona pastel kerana ia juga mampu memberi ‘mood’ tenang.

Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur adalah putih, biru atau hijau lembut dan kelabu.

Putih bagaimanap­un antara pilihan paling sesuai dan praktikal untuk bilik tidur bersaiz kecil atau tidak mempunyai tingkap.

2) Tambah kertas dinding.

Memiliki bilik tidur yang kecil tidak semestinya perlu membosanka­n kerana ia boleh diceriakan dengan hiasan kertas dinding di dinding tumpuan (‘feature wall’).

Namun, jangan tersilap pilih motif kertas dinding kerana ia akan membuatkan bilik kelihatan lebih sempit dan berserabut.

Corak abstrak yang ringkas dan bersaiz kecil juga antara pilihan sesuai.

3) Perabot

Jika bilik tidur tidak mempunyai ruang yang cukup, memadai dengan pilihan perabot ringkas dan praktikal.

Ini kerana sesebuah bilik tidur secara asasnya hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja.

Andai mempunyai lebih peruntukan, almari bina dalam juga sesuai untuk bilik tidur yang bersaiz kecil.

Untuk kedudukan katil pula, ruang yang paling sesuai adalah bersandark­an pada dinding.

4) Ruang penyimpana­n

Gunakan sepenuhnya ruang yang ada di dalam almari dan elakkan barangan kelihatan bersepah di dalam bilik kerana ia akan menyesakka­n lagi kawasan serta mata yang memandang.

Barangan yang jarang digunakan boleh diletakkan di dalam kotak dan simpankan di bawah katil. 5) Cermin

Disarankan, setiap bilik memiliki cermin terutama yang bersaiz besar kerana ia mampu memberi kesan ruang yang lebih luas.

6) Pencahayaa­n

Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis reka bentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda.

Ini kerana kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi ‘mood’ tenang dan selesa.

7) Cadar dan sarung bantal lembut

Pemilihan warna dan corak cadar serta sarung bantal tidak boleh dipandang remeh kerana ia membantu memberikan keselesaan ketika beradu.

Rona terbaik adalah warna lembut atau pastel manakala corak abstrak juga sesuai untuk menghiasi katil di bilik kecil

8) Hiasan karpet

Karpet adalah antara hiasan rumah yang perlu berada dalam senarai kerana ia mampu menceriaka­n lagi suasana bilik.

Pemilihan karpet rona lembut atau pastel dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penghuni bilik.

9) Langsir

Langsir perlu dipasang pada ketinggian penuh bagi memberi ilusi ruang yang lebih luas.

Fabrik yang boleh dijadikan pilihan adalah tidak terlalu tebal atau terlalu nipis dan sebaiknya daripada rona lembut.

10) Hiasan dinding

Elakkan daripada meletakkan hiasan yang banyak atau terlalu besar pada dinding di bilik tidur bersaiz kecil.

Sebaiknya, pilih satu atau dua sahaja hiasan yang paling disukai untuk diletakkan pada dinding bilik.

Ini kerana hiasan yang terlalu banyak atau bersaiz besar boleh menyebabka­n bilik kelihatan sempit.

 ??  ?? PEMILIHAN karpet rona lembut atau pastel dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penghuni bilik.
LANGSIR perlu dipasang pada ketinggian penuh bagi memberi ilusi ruang yang lebih luas.
BILIK tidur secara asasnya hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja.
PEMILIHAN karpet rona lembut atau pastel dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penghuni bilik. LANGSIR perlu dipasang pada ketinggian penuh bagi memberi ilusi ruang yang lebih luas. BILIK tidur secara asasnya hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja.
 ?? FOTO SUMBER GOOGLE ?? CERMIN terutama yang bersaiz besar mampu memberi kesan ruang yang lebih luas.
FOTO SUMBER GOOGLE CERMIN terutama yang bersaiz besar mampu memberi kesan ruang yang lebih luas.
 ??  ?? ALMARI bina dalam juga sesuai untuk bilik tidur yang bersaiz kecil.
ALMARI bina dalam juga sesuai untuk bilik tidur yang bersaiz kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia